WELCOME TO MY WRITING WORLD

Selamat Datang.... Su Elly harap pembaca dapat memberikan komen-komen yang baik..

About Me

My photo
Seorang yg minat bidang penulisan tetapi tak pandai guna bahasa yg berbunga2 n yg indah2.. Dan seorang yg suka 'memporak-perandakan' blog sendiri...

Monday, 12 March 2012

Cerpen:-Cinta Alam Remaja

Aku berkira seorang diri. Menanti gadis idaman. Gadis idaman? Iya ke? Entahlah dalam hati kau sekarang ni, ada dua gadis. Suriya dan Nadhirah. Nadhirah ialah cinta pertama bagi diri aku. Suriya….,dia….mungkin jodohku kerana hati ini benar-benar terikat padanya sekarang. Tetapi sayangnya Nadhirah masih menghantui diri ini. Aku bingung untuk membuat pilihan.
“Assalamualaikum.”sapa Suriya. Aku menoleh dan tersenyum. Dia membalas senyumanku. Manis dan comel. Dia duduk di hadapanku.
“Dah lama tunggu?”soalnya. Aku menggeleng. Dia menarik nafas seolah-olah lega dengan penyataanku. Aku bahagia dengannya.
“Dayah mana?”soalnya lagi.
“Entah. Dia nak bagi kita peluang untuk bermanja kot.”kataku. Muka Suriya mulai memerah. Aku tersenyum melihatnya. Cantik sungguh ciptaan Allah ini. Secantik cinta di dalam hati ini. Cinta?? Eh, tak,tak. Aku masih setia dengan Nadhirah.
“Engkau ni jangan cakap macam tu. Aku malulah.”kata Suriya.
“Kalau kita kahwin nanti kau….”belum sempat aku menghabiskan ayat, Suriya memotong percakapanku.
“Firdaus, please okay… kau tak bagi kau berharap pada kau,kan? Jadi, jangan cakap pasal cinta dengan aku. Apatah lagi pasal kahwin.”katanya. aku lihat perubahan air mukanya.
“Tapi, selalu aku cakap macam tu kau okey je..”
“Itu dulu. Waktu aku baru kenal kau. Baru mula suka kau. Sekarang aku belajar jadi positif. Kau masih untuk Nadhirah. So, jangan cakap yang kau suka aku atau kau cinta aku. Kau faham,kan? SPM menanti aku dengan sejuta impian. Aku menanti cinta aku dengan kesabaran yang tinggi. Jadi, aku tak mau dikecewakan oleh cinta yang aku nanti.”katanya panjang lebar. Kali ini aku benar-benar terkaku. Tidak pernah Suriya mengeluarkan penyataan seperti itu.
            “Aku mintak maaf. Aku tak ada niat pun nak bagi kau berharap pada aku.”
“Kalau Nadhirah masih ditempat pertama, kau jangan cakap yang kau suka aku.”
Aku mengangguk. Di tempat pertama?? Ya, Nadhirah masih ditempat pertama di hati aku tapi dalam masa yang sama kau berkongsi tempat dengan Nadhirah, Suriya. Kau tak sedarkah semua tu? Aku sayang kau macam aku sayangkan Nadhirah. Malahan, mungkin juga sayang aku pada kau lebih dari sayang aku pada Nadhirah. Su…..
Sungguh hati seorang perempuan itu lembut tetapi susah untuk dia menerima kembali sesuatu yang menyakiti hatinya. Itulah yang terjadi pada aku, Nadhirah dan Suriya. Selepas tamat SPM, aku menemui Nadhirah yang ku sangkakan jodohku. Nadhirah menerimaku. Suriya mengucapkan tahniah tetapi aku tahu hatinya pedih. Hati aku juga tetapi kenapa?? Aku mula dilanda kebingungan. Selepas beberapa bulan berkasih dengan Nadhirah, dia meminta putus denganku atas alasan dia sudah ada yang punya. Aku terkedu.
Aku cuba mencari cintaku yang kedua, Suriya. Nombor telefon sudah bertukar. Dia menggunakan nombor baru. Aku ke rumahnya. Kata ibunya, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan berkerja disana. Aku terluka. Sampai hatinya. Pergi tidak memberitahu aku terlebih dahulu. Kalau aku menemuinya dalam masa sebulan ini, sumpah, aku akan mencintainya seumur hidup.
Sebulan kemudian….
Yes. Aku benar-benar menemuainya dalam masa sebulan. Terima kasih, Ya Allah. Aku mengucapkan syukur.
“Su, aku rindukan kau. Aku cintakan kau.”kataku dengan lembut. Dia memandangkanku tanpa perasaan.
“Kenapa cari aku?”soalnya tiba-tiba. Aku terkejut mendengarnya.
“Kitakan dah janji. Kalau Nad tak terima aku, aku cari kau. Kau lupa?” dia tersenyum sinis sambil menggeleng.
“Aku tak pernah lupa tapi aku tak pernah berharap. So, aku dah terima pinangan orang lain yang aku yakin dia benar-benar cintakan aku tanpa ada orang lain dihatinya. Aku orang pertama dihatinya. Kau faham,kan?”katanya.
“Su, aku sayangkan kau. Kenapa tak tunggu aku? Kau tak sayang aku?”
“Sayang? Tunggu? Sampai bila? Sampai kau kahwin dengan Nad? Sampai kau ada anak lima enam orang? Macam tu?”katanya. Matanya bergenang. Aku tahu hatinya terluka.
“Jangan cari aku lepas ni.”katanya dan ingin berlalu pergi. Tetapi, aku sepantas kilat menarik tangannya. Perkara yang aku tak akan buat sebelum ni. Aku menilik tangannya. Jarinya. Tiada cincin dijarinya. Suriya menarik tangannya dengan kasar.
“Apa kau nak?”marahnya tetapi nadanya masih dikawal.
“Aku nak kau. Aku nak Suriya. Kita kahwin.”
“Kan aku dah cakap tadi, aku dah jadi tunang orang.”
“Kalau kau tunang orang, mana cincinnya? Kau cakap kat aku.” Serta-merta mukanya berubah kelat. Helahnya tak menjadi. Aku ketawa terkekeh-kekeh.
“Hujung bulan ni, kita bertunang dan akad nikah sekali. Itu kata muktamad dari aku. Jangan membantah.”tegasku. Aku berlalu pergi meninggalkan Suriya yang masih tidak berpuas hati.
Ternyata dia tercipta untukku. Kini, dia sah menjadi hak aku. Kekal selamanya. Walaupun dia masih marahkan aku tetapi aku suka tengok mukanya yang marah itu. Comel.