WELCOME TO MY WRITING WORLD

Selamat Datang.... Su Elly harap pembaca dapat memberikan komen-komen yang baik..

About Me

My photo
Seorang yg minat bidang penulisan tetapi tak pandai guna bahasa yg berbunga2 n yg indah2.. Dan seorang yg suka 'memporak-perandakan' blog sendiri...

Thursday, 31 May 2012

Don't Love Me


Jae Jin dan Su Eun bahagia bersama. Namun, sesuatu telah berlaku menyebabkan Su Eun membuat keputusan untuk berpisah dengan Jae Jin.

Title:- Don’t Love Me

Actors and Actress:- Jae Jin(FT Island) as Jae Jin

                              :- Eun Jung(T-Ara) as Su Eun

                              :- Sulli(F(x)) as Sulli

                              :- Min Hwan(FT Island) as Min Hwan

“ Lepas ni jangan cari saya lagi,” kata Su Eun pada Jae Jin sambil menyerahkan cincin yang diberi oleh Jae Jin. Jae Jin hanya tertunduk. Su Eun berpaling dan berjalan meninggalkan Jae Jin. Air matanya mengalir laju dan dia cuba menahan esak tangisnya. Jae Jin memandang Su Eun sehingga hilang dari pandangan. ‘Kenapa awak buat saya macam ni Su Eun?’ Mencintai memang menyakitkan. Air mata Jae Jin menitis jua. Kali pertama dia menangis untuk perempuan.

Su Eun menangis sepuasnya sebaik kakinya melangkah ke dalam rumah. Sahabat baiknya, Sulli menenangkannya.

“ Sudah la, Su Eun. Kau yang buat keputusan ni.”

“ Aku sedih tengok dia menangis. Kenapa semuanya jadi macam  ni,Sulli? Apa salah aku?” raung Su Eun.

SETAHUN KEMUDIAN…

Jae Jin kini berjaya sebagai member dan vokalis kedua FT Island. Namun cintanya pada Su Eun tidak pernah padam. Hatinya sentiasa tertanya-tanya, apa khabar Su Eun sekarang. Dia menatap gambar Su Eun  yang telah sekian lama berada di dalam dompetnya. “ Hyung, cepat la. Dah nak perform ni,” panggil Min Hwan. Jae Jin mengangguk. Gambar Su Eun kembali disimpan.

“Lagu ni saya tujukan khas buat seseorang yang bertakta di hati kawan saya dan selamanya dia akan berada di hati kawan saya.” Hong Ki menyanyikan lagu ‘Don’t Love’.

Kebetulan Su Eun sedang menonton persembahan yang disiarkan secara langsung itu dirumah. Dia menangis sendirian manakala Jae Jin menangis sambil bermain bass diatas pentas.  Su Eun menangis teresak-esak dan tiba-tiba dia memegang kepalanya. Sakit… Su Eun memanggil Sulli. Sulli membawanya ke hospital.

SEMINGGU KEMUDIAN…

“ Jae Jin,” jerit Sulli. Jae Jin berpaling dan tergamam.

“Kau buat apa kat sini?” tanya Jae Jin.

“ Aku sekarang ni member f(x).” balas Sulli.

“Oh ya. Ada orang bagi surat ni kat kau. Baca tau.” Pesan Sulli sebelum berlalu.

Jae Jin diatas bumbung bangunan FnC dan perlahan-lahan membuka dan membaca surat tersebut



Dear Jae Jin,

Sebelum berbicara lebih lanjut, saya nak awak senyum dulu untuk saya . Senyuman yang terakhir. Mianhae, Jae Jin. Saya tahu saya ego. Saya tak pentingkan perasaan awak tapi percayalah semua tu hanya untuk kebaikan awak. Saya menghidap kanser otak. Saya tak dapat hidup lama jadi saya ambil keputusan untuk berpisah dengan awak. Harap awak dapat maafkan saya.

Yang mencintaimu,

                                                                     Su Eun

Jae Jin menangis teresak-esak. Dia mencari Sulli. Apabila bertemu Jae Jin terus menarik Sulli ke atas bumbung.

“ Aku nak jumpa Su Eun,” jerit Jae Jin sambil mencekak kolar baju Sulli. Sulli memandang kearah lain dan berkata, “ kau tak kan pernah jumpa dia lagi.”

“ Kenapa? Dia dah pindah ke? Ke mana? Bagitau aku, Sulli.” Jae Jin memegang bahu Sulli. Sulli mengangkat tangan dan perlahan-lahan menunjuk kearah langait. Jae Jin kebingungan.

“ Apa maksud kau, Sulli?’ tanta Jae Jin. Sulli menangis tersedu-sedan.

“ Su Eun dah tak ada. Dia dah tak ada.” Jae Jin melepaskan bahu Sulli. Dia terganjak beberapa tapak ke belakang dan terduduk. Jae Jin menangis lagi. ‘ Kenapa awak buat saya macam ni, Su Eun? Awak tinggalkan saya sedangkan awak dah janji tak akan tinggalkan saya.’

Sulli duduk berhampiran Jae Jin dan menceritakan segalanya.

“ Kau ingat tak hari dia berpisah dengan kau?” tanya Sulli. Jae Jin mengangguk. Selepas mendengar kata-kata Sulli, Jae Jin terus menangis.

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN…

Kini, setiap tahun Jae Jin akan menziarahi  kubur Su Eun. Tidak kiralah birthday-nya,birthday Su Eun atau apa saja hari istimewa mereka berdua. Dan setiap kali ke sana, Jae Jin akan merasakan Su Eun di sisinya.

PADA HARI SU EUN BERPISAH DENGAN JAE JIN…

Dia terduduk sebaik mendapat keputusan ujian pemeriksaan yang dilakukan keatasnya beberapa hari yang lalu kerana sakit kepala. Kanser otak? ‘Jae Jin tak patut tahu pasal ni.’ Tekadnya. Dia menelefon Sulli dan memberitahu segalanya dengan tenang. Sebaik keluar dari hospital Su Eun terus menemui Jae Jin. Dia mengeluarkan cincinyang selama ini tersemat cantik dijarinya. Dan berkata…

~TAMAT~
Actors n Actress
 Jae Jin




 Eun Jung

 Sulli



 Min Hwan