WELCOME TO MY WRITING WORLD

Selamat Datang.... Su Elly harap pembaca dapat memberikan komen-komen yang baik..

About Me

My photo
Seorang yg minat bidang penulisan tetapi tak pandai guna bahasa yg berbunga2 n yg indah2.. Dan seorang yg suka 'memporak-perandakan' blog sendiri...

Sunday, 21 April 2013

Kerana Iman Seorang Gadis


Saya ingin bertanya jika ada di antara kita, para wanita mahu menikahi lelaki yang tidak kacak dan tidak menarik? Pasti jawapan yang diterima YA, itupun tak ramai dan TIDAK, ramai yang menjawabnya. Di sini saya nak menceritakan kisah,‘KERANA IMAN SEORANG GADIS’ yang dipetik dari buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasulluh S.A.W.

Seorang lelaki dari golongan Ansar yang tidak menarik rupanya serta berbadan pendek, namanya JULAIBIB. Beliau bukan dari keluarga terkenal maka agak sukar baginya mendapat jodoh. Beliau suka mendekati wanita dan berbicara dengan mereka, tetapi tidak ada siapa yang mahu menerimanya sebagai suami atau menantu. Keadaanya ini diketahui oleh Baginda Rasulullah S.A.W dan ianya menjadi bahan fikiran Baginda kerana manusia yang normal itu harus berumahtangga. Oleh itu, baginda berusaha mencarikan jodoh kepada Julaibib.

“ Wahai Fulan, engkau kahwinkan aku dengan anak gadis engkau,” kata Nabi s.a.w kepada seorang sahabat.

“ Baiklah, dengan senang hati!” jawab sahabat itu. Siapa yang tidak mahu Nabi Allah menjadi menantunya.. pasti semua orang mahu.

“ Tetapi pinangan itu bukan untuk aku,” kata Nabi lagi.

“ Untuk siapa?” Tanya sahabat seakan terkejut kerana pada mulanya dia beranggap Nabi yang menginginkan anaknya.

“ Julaibib,” jawab Nabi s.a.w.

“ Ya Rasulullah, kalau untuk dia, baiklah aku berunding dengan isteriku,” jawab sahabat itu.
Dia pun segera pulang ke rumahnya. Dlam hatinya timbul persoalan bagaimana nanti jika isterinya menolak atau menerima. Jika menolak pinangan Nabi sudah tentu tidak baik bagi seorang mukmin. Tetapi menerimanya juga berat, bermenantukan seorang seperti Julaibib yang kan menjadi perbicaraan orang ramai kerana beliau dianggap lelaki yang tidak laku.

“ Nabi memeinang anak gadis engkau,” kata sahabat kepada isterinya sesampainya dia dirumah.
“ Baik dengan senang hati,”jawab isterinya.

“ Tetapi bukan untuk baginda,” kata sahabat.

“ Untuk siapa?” tanya isteri.

“ Julaibib!” jawab sahabat.

“ Untuk Julaibib? Aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan beliau, sungguh-sungguh, demi Allah!” jawab isterinya dengan tegas sekali.

Setelah demikian jawapan isterinya maka segeralah beliau kembali kepada Nabi, tetapi sebelum beliau dapat berbuat sesuatu telah berlaku kejadian tanpa diduga sama sekali.Anak gadisnya telah mendengar pembicaraan kedua-dua ibu bapanya dan keputusan menolak Julaibib itu sebenarnya menolak ketentuan Rasul.

“ Apakah ayah dan ibu menolak keputusan Rasulullah?” demikian anak gadis itu bertanya kepada mereka berdua.

“ Beritahu kepada Nabi, aku menerima pinangannya Julaibib, kerana baginda tidak membiarkan aku tersia-sia,” selanjutnya gadis itu berkata mendorong bapanya.

Mendengar kata tegas anaknya itu, maka beliau datang menemui Rasulullah dan berkata: “Kehendak engkau diterima.”

Nabi s.a.w pun mengahwinkan Julaibib dengan gadis itu. Sesungguhnya gadis itu tidak memandang tentang rupa yang tidak disukai orang tetapi sebenarnya menghargai ketentuan Nabi atas dirinya. Rasulullah lebih tahu hal ini dan tidak akan membuatnya terhina. Demikian contoh gadis beriman yang menghargai ketentuan agamanya lebih utama.

“ Ya Allah, limpahkanlah keberkatanMu atas gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalan susah payah,” demikian Nabi mendoakan gadis itu.

Pernikahkan diselesaikan dan kedua mereka dipertemukan oleh Nabi s.a.w. Sesungguhnya kejadian ini sangat besar ertinya sehingga ahli sejarah tidak menyebut nama gadis itu dan kedua orang tuanya. Ketinggian iman gadis itu pada menyambut ketentuan Nabi lebih penting dari nama. Sejarah mengenali kemurnian gadis itu dari doaNabi s.a.w untuknya.

Julaibib sebenarnya seorang pahlawan unggul walaupun beliau berwajah hodoh. Beliau akhirnya gugur sebagai syahid dalam satu peperangan bersam Nabi dan baginda sendiri ikut menguruskan jenazahnya. Isterinya pula menjadi janda terhormat kemudiannya. Kedua pasangan suami isteri ini mendapat penghargaan Nabi s.a.w iaitu suaminya kerana keberaniannya dan isterinya kerana nilai imannya.. Allahuakbar!

Wahai Saudari sekalian, mampukah kita menjadi seperti gadis itu yang lebih mementingkan agamanya berbanding apa pun?? Selain ketinggian iman gadis itu, kita boleh mengambil nilai lain iaitu lelaki kacak tak semestinya berani menuju ke depan menegakkan agamanya. Sesungguhnya apa yang telah berlaku dalam hidup kita sama ada manis atau pahit kita mestilah mengharunginya dengan tabah. Jangan mudah berputus asa!