Aiman
melihat Suraya dari jauh. Pelajar tingkatan lima. Dia pula penuntut UiTM Pulau
Pinang. Gadis itu tersenyum pada sahabatnya. Dari jauh tanganya sudah di
lambai. ‘Andai saja dia melambai kearah aku, pasti tanpa segan aku
membalas.’bisik hatinya sendirian. Aiman tersenyum sendirian.
“Hai,
Aiman. Suka dekat budak Suraya tu ke?”tegur Along atau nama sebenarnya Hafeez
iaitu ketua fasilitator untuk program Semarak Kasih yang ke-26 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Muda. Aiman hanya mampu menggeleng. Dia tersengih pada
Along.
“Ala
Aiman, apa salahnya kalau kau suka dia. Bukannya berbeza pun umur kau orang.
Dua tahun saja.” Kata Along lagi kemudian berlalu pergi.aiman memikirkan
kata-kata Along. ‘Tapi, dia nak ke kat aku?” Aiman segera berjalan ke surau
sebaik mendengar azan zohor berkumandang.
***********
Seusai
solat, Suraya menadah tangan kerana doa dibaca oleh Abang Shah. Dia begitu
tawaduk sekali. Setiap bait doa dihayati sungguhpun dia kurang memahami Bahasa
Arab. Selesai doa, dia mengaminkan doa. Dia segera menanggalkan telekung kerana
selepas itu mereka mempunyai beberapa lagi aktiviti. Sungguhpun penat tetapi
dia lebih suka seperti ini daripada orentasi asrama dulu. Memenatkan!!
“Su,
akak nak pergi tengok Nana kejap. Bagi tahu Kak Chik ye.”Pesan Najiha Sofea
padanya. Dia hanya mengangguk dengan senyuman. Sebaik bertemu Kak Chik segera
dia menyampaikan apa yang dipesan Najiha atau lebih mudah dipanggil Kak Jieha.
Kak Chik pula ialah ketua kumpulan mereka. Pelajar tingkatan empat yang bernama
Ainie Shaherah.
“Wei,aku
nak geng dengan kau orang tapi kak Nana nak aku stay. Aku tak boleh la nak stay
dengan kak Nana. Dia suka bebai.”adu Suraya pada Noora dan Syafa.
“Ala,
relax la. Kak Nana memang macam tu. Biar ja dia tu. Mentang-mentang form six
semua nak ikut dia je.”kata Noora. Syafa hanya mengangguk tanda setuju.
“Tapi
aku tak suka la. Apa yang aku buat semua tak kena. Ini salah itu salah.”adunya
lagi.
“Relax
ja. Lagipun nama kita kak-kak fasi dah ambik. Tak kan nak blah macam tu
je?”kata Syafa pula. Suraya akur. Dia tidak mahu menyusahkan Kak Jieha.
“Hurm..
Ya la.. Aku terima. Terima kasih sebab dengar luahan hati aku.”kata Suraya
sambil tersengih. Mereka bersenda gurau tanpa menghirau mata yang memandang.
*****************
Aiman
memandang tiga sahabat itu sambil tersenyum. Terhibur dengan keletah mereka.
Walaupun sudah berumur 17 tahun tetapi kelakuan mereka seperti kanak-kanak.
Kakinya ringan melangkah kearah mereka. Dia tekad.
“Hai,
adik-adik. Kau orang main apa ni?”tegur Aiman dalam gugup. Mereka terhenti
seketika. Mereka tersenyum malu-malu. Hanya Suraya yang menundukkan wajahnya.
“Tak
main apa pun. Kami main ‘wogel wogel’ yang abang Is ajar tadi. Sebelum zohor
tadi. Saja nak try.”balas Noora. Suraya dan Syafa mengangguk.
“Adik
nama apa?”soal Aiman pada Noora.
“Noora.
Noora Atikah.”balasnya. Aiman mengangguk.
“Adik?”soalannya
dituju kearah Syafa pula.
“Syafawani.
Orang panggil Syafa.”
“Adik
pula?”dia bertanya pada Suraya.
“Suraya.”jawab
Suraya ringkas. Aiman tersenyum. Ada idea nakal untuk mengenakan Suraya.
“Kenapa
muka adik merah? Malu dengan abang ek?”usik Aiman. Noora dan Syafa tersengih
seperti kerang busuk. Suraya semakin menunduk. Malu!! Segera dia menghadap
kehadapan. Malu untuk bersua muka dengan abang fasi-nya itu. Aiman,Noora dan
Syafa terkekeh-kekeh ketawa di belakang.
********
Hari
ini ialah hari terakhir mereka di dalam program ini. Perasaan sedih makin
bersarang dihati. Suraya memandang abang-abang dan kakak-kakak fasi-nya dari
jauh. Seorang demi seorang. ‘Kalau dia orang balik nanti, mesti sunyi.’bisik
hati kecilnya.
“Adik-adik,
hari ini kami lepaskan kamu pulang ke dunia kamu yang sebelum ni. Tapi, ingat
jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap cakap ibu bapa. Boleh adik-adik?”kata
Along.
“Boleh.”jerit
mereka beramai-ramai secara serentak.
“Perhatian.”kata
Along.
“Sedia.”jerit
mereka lagi.
“Sedia.”
“Haip.”
“Hebat
satu.”
“Wacha.”
“Hebat
dua.”
“Wacha,
wacha.”
“Hebat
tiga.”
“Wacha,wacha,haip.”
Mereka bertepuk tangan. Ada yang sudah menangis tersedu-sedan. Ada yang memeluk
erat kakak-kakak dan abang-abang fasi. Mereka seronok dapat berkenalan dengan
abang dan kakak UiTM.
Sebelum
mereka bertolak pulang, pelajar SMK Sri Muda sempat meminta nombor telefon dan
juga Facebook mereka.
“
Abang Aiman, nak fb.”kata Noora. Ramai pelajar yang berebut-rebut meminta
facebook Aiman. Aiman hanya mampu tersenyum. Kerana terlalu ramai, dia terpaksa
meminta tolong Shah untuk mengambil begnya. Sewaktu Suraya menyerahkan pen dan
buku, dia memandang Suraya dengan senyuman mengusik. Suraya terpaksa tersenyum
untuk menjaga hati abang fasinya itu. Selepas selesai, Suraya melangkah
meninggalkan tempat yang penuh sesak itu. Tapi, malang tidak berbau. Dia
ditolak dan terus ditolak sehingga terlanggar Aiman. Mujur Aiman menyambutnya.
Kalau tidak….
“Maaf,abang
Aiman.”kata Suraya dengan muka yang memerah. Aiman hanya tersenyum senang. Dia
membantu Suraya berdiri. Asakan demi asakan membuat mereka tersepit di ruang
yang kecil di tepi dinding. Aiman sengaja menghadap dinding untuk menulis.
Suraya berada betul-betul diantara tangan kanan dan tangan kirinya.
“Keluar
kejap lagi ek? Ramai ni.”kata Aiman tanpa memandang wajah Suraya yang kian
memerah. Apabila keadaan semakin elok, Suraya cepat-cepat ingin berlalu tetapi
Aiman menyambar tangannya.
“Kejap
Su. Ada something yang abang tak tulis dekat buku Su.”Aiman mengambil buku nota
Suraya dan menulis sesuatu. Selepas menulis, Aiman memulangkan buku tersebut
dan membisikkan sesuatu di telinga Suraya.
“Jangan
bagi pada orang lain tau. Eksklusif ni.”kemudian Aiman berlalu. Suraya masih
berdiri seperti patung cendana. Sebaik tersedar, dia memandang buku notanya.
Nombor telefon bimbit Aiman!!!
Suraya tersenyum sepanjang hari. Aiman
memandangnya dari atas bas. Aiman tersenyum penuh makna. Kali ini, Suraya
tersenyum dengan rela. Dia suka. Aiman melambai. Dia membuat flying kiss pada
Suraya. Suraya menyambutnya dalam diam. Dia tersenyum lagi.
************
-Salam,akak
Jieha. Sibuk tak?
Satu
mesej dihantar pada Najiha. Noora menunggu mesejnya dibalas.
-Wasalam.
Ada apa dik?
-tak
ada apa. Sja je. Akak cbuk tak mggu ni?
-hari
sbtu n ahad akak free. Knp?
-nak
ajak akak n akak2 n abg2 yg lain kluar mkn.
-Owh..yeke?tak
ssah kan adik2 ke?
-tak
ada la akak. Sudi tak? Hr sbtu ni.
-ok.tp
akak cba tnya abng n akak yg lain. 2 hari lagi akak konfemkan ye.
-ok
kak. Salam.
-Wasalam.
Noora
memberitahu pada kawan-kawannya yang lain. Mereka melompat dengan riang. Malam
itu mereka tidur dengan harapan.
********
2
HARI KEMUDIAN..
-salam
akak.mcm mna?
-wasalam.jadi
dik.rmai yang nk join.
-ye
ke?hehehe…best!
-hehe..ye
la tu…
-kita
jmpa dkat Sunway mall bleh tak akak?
-akak
ok je.
-set!
Hr sbtu ni.pkul 3.di sunway mall.
-ok..hehehe…akak
tunggu di panggung wayang.
-ok
akak..love u..nak study ni.bye.salam.
-wasalam.
Mereka
berbahgia. Tidak sabar menunggu hari sabtu.
*******
HARI
SABTU…
Dengan
menaiki bas rapid,mereka beramai-ramai menemui akak-akak dan abang-abang fasi
seperti yang di janjikan. Mereka berjalan dan kemudian singgah di KFC. Aiman
memandang Suraya dengan perasaan rindu. Dia memberi isyarat mata. Mereka berdua
meninggalkan ruang KFC tanpa ada yang sedar. Mereka berjalan beriringan.
“Kenapa
tak call or mesej abang?”soal Aiman. Suraya hanya menunduk. Aiman memandangnya.
“Nak
buat apa?”
“Su
nak abang jujur dengan Su ke kenapa abang bagi nombor abang pada Su?” Suraya
mengangguk.
“Sebab
abang cinta Su.”Aiman menjawab dengan jujur. Suraya masih menunduk.
“Su
sudi kahwin dengan abang?”soal Aiman lagi. Suraya tidak memberi respons.
“Su.”panggil
Aiman.
“Kalau
abang sudi tunggu Su.”kata Suraya kemudian berjalan kembali ke KFC.
“Yes.”Aiman
tersenyum.
****************
SELEPAS
SPM….
-salam,Su.
-Wasalam.
-Su
sihat?
-sihat.
Abg Aiman?
-sihat
.alhamdulillah. abg bahagia bla dh bertunang dgn Su. Su mcm mna?
-Su
pon bahagia.
-Lpas
abg ada duit,kita kahwin ye..tak kira la wak2 2 su dh hbis study ke blom.
-emm…su
ikot abg je..
-tahnks…
Suraya
tersenyum. Dipandang cincin tunangnya dengan perasaan berbunga.
************
3 TAHUN KEMUDIAN…
“Aku
terima nikahnya Nor Suraya binti Ahmad dengan mas kahwin tiga ratus ringgit
tunai.”lafaz Aiman dengan tenang. Mereka mengaminkan kesejahteraan pengantin
baru itu. Suraya tersenyum penuh bahagia. Dia tersenyum pada Aiman yang
memandangnya. Aiman bangun dan berjalan kearah Suraya dan tangan si isteri diraih.
Cincin di sarung di jari manis Suraya. Suraya mencium tangan Aiman dengan penuh
hormat. Kemudian, Aiman mencium dahi isterinya.
“Tahniah
Aiman, Su sebab Berjaya jadi pengantin baru hari ni. Semoga panjang umur dan di
murahkan rezeki. Along ucapkan Selamat pengantin baru. Cepat-cepat dapat baby
tau.”usik Along. Suraya hanya tersenyum malu. Aiman memeluk bahu isterinya.
Dengan selambanya, pipi isterinya dikucup manja dihadapan Along dan yang lain. Makin
memerah lah wajah Suraya.
Selepas
majlis akad nikah, Suraya dan Aiman terus ke lapangan terbang untuk berbulan
madu di Hokkaido. Along dengan rela hati menjadi pemandu mereka hari itu.
Sebaik kaki mereka melangkah ke imigresen, mereka melambai tangan dan
mengucapkan terima kasih kepada mereka yang lain…
“Terima
kasih semua. Sayang kau orang.”kata Aiman dan Suraya serentak. Kemudian, mereka
hilang disebalik orang ramai.. mereka yang lain pulang dengan mengucapkan
syukur atas perkahwinan kedua mempelai tadi.
~TAMAT~