Hati isteri mana yang tidak merana apabila
suami yang di sayangi meninggalkannya seorang diri dengan janin yang kian
membesar. Sakinah menangis tersedu-sedan. Kini rumah itu sunyi tanpa suara yang
sering memanggilnya dengan manja. Sunyi dengan suara serak basah suaminya yang
terjerit-jerit diluar memanggilnya membukakan pinti apabila malam menjelang.
Sakinah memandang setiap inci kamar tidurnya. Kenapa abang tinggalkan Kinah?
Hati perempuannya masih menangis. Hilang tempat mengadu. Hilang tempat bergantung.
Hilang tempat bermanja. Jiwanya meronta. Dia mahukan si suami. Sakinah menjerit
sekuat hati. Pintu bilik yang terkuak dari luar tidak diendahkan. Baru sebulan
mengecapi kebahagian, semua itu di ambil sekelip mata.
“Dah la, Kinah. Jeff dah tak ada dah dua
minggu. Redha la,Kinah.”kata Aisya kawannya. Sakinah menangis teresak-esak.
“Aku kehilangan orang yang aku sayang dalam
satu masa,Sya. Macam mana aku nak kuat,Sya?”Sakinah meraung. Tiba-tiba dia
pengsan. Aisya kaget!
**************
“Abang tak payah pergi la. Sayang takut jadi
apa-apa kat abang. Abang tak kesian kat anak kita?”Sakinah memeluk suaminya
yang sudah bersiap untuk berangkat ke Indonesia. Jeffry tersenyum mendengarnya.
Dia memeluk isterinya erat.
“Tak ada apa-apa la,sayang. Abang akan balik
lagi dua minggu lagi.”kata Jeffry sambil meleraikan pelukan dan memegang perut
isterinya.
“Papa akan balik dua minggu lagi. Jaga ,mama
elok-elok. Jangan bagi mama sedih tau. Bye, sayang.”kata Jeffry sambil mencium
perut Sakinah. Lama. Seolah-olah dia tak akan berjumpa lagi mereka berdua.
Hatinya terlalu merindui Sakinah. Entah kenapa. Jeffry melangkah pergi sebaik
tangan Sakinah melepaskan tangannya.
Malam itu, Sakinah menonton televisyen seperti
biasa seusai solat Maghrib. Berita yang disiarkan menyentap tangkai jantungnya.
Kapal terbang Malaysia Airlines terhempas petang tadi! Pesawat yang dinaiki
Jeffry! Tiba-tiba telefon rumahnya berdering.
“Helo. Ya saya. Apa?” Sakinah terduduk.
Ibubapanya kemalangan kerana memandu dalam keadaan mengantuk. Hatinya pilu.
Suami, ibu, ayah.. dia kehilangan semuanya dalam satu masa. Serentak!
***********
Dia terkejut jaga dari tidurnya. Ya Allah,
mimpi ni berulang lagi,detik hati kecilnya. Melihat dirinya yang masih
bertelekung, dia segera berdiri menanggalkan telekung tersebut dan berlalu
kebilik air. Sebaik keluar dari kamar mandi, dia menyarung semula telekung. Dia
menunaikan solat sunat taubat. Dia telah banyak berdosa. Dia telah menolak
qada’ dan qadar Allah sewaktu menerima berita kematian Jeffry dan orang tuanya.
Selesai solat dia menadah tangan memohon ampun.
“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini.
Aku telah banyak berdosa, Ya Allah. Engkau berkatilah kehidupanku,ibadahku,ya
Allah. Ya Allah, Engkau tempatkanlah roh suamiku dan orang tuaku di tempat
orang-orang yang beramal soleh. Engkau jauhkanlah mereka daripada siksaan kubur
dan api neraka,ya Allah. Aku mohon,ya Allah. Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,
Engkau tetapkanlah hatiku setelah Engkau memberi hidayah kepadaku. Janganlah
Engkau berikan aku dugaan yang tidak mampu aku menghadapinya,ya Allah. Amin.”
Selesai doa, telefon bimbitnya berdering nyaring.
“Helo, Assalamualaikum.”kata Sakinah memula
bicara.
“Waalaikumussalam,Kinah. Ganggu ke?”kata orang
seberang.
“Tak. Kenapa?”soal Sakinah lagi.
“Is dah masuk meminang Kinah petang tadi. Mak
su Kinah terima.”
“Kinah tau. Mak su telefon lepas Is balik.”
“Oh…okey la. Is nak tido. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Sakinah mematikan talian.
Dia tersenyum. Tak sangka lelaki tersebut benar-benar meminangnya.
******************
Iskandar tersenyum panjang. Hatinya berbunga
bahagia. Sakinah bakal menjadi miliknya. Cintanya pada janda tersebut
benar-benar mekar. Walaupun Sakinah janda, dia masih cantik seperti anak dara.
Lepas ni, kita hidup berdua pulak. Kata hati lelakinya.
Iskandar bangun dari pembaringannya. Dia
menuju ke meja kerja di hujung katil. Dia menghidupkan komputer ribanya. Gambar
Sakinah yang manis bertudung itu ditatap lama. Andai saja Sakinah berada di
depan mata, pasti dipeluk erat. Astahgfirullahal’azim!!!! Iskandar meraup muka.
Godaan syaitan semata-mata.
Segera dia mematikan benda alah itu dan menuju
ke pulau mimpi. Dia memanjat katil dan merebahkan badan. Akhirnya, dia
terlelap.
*********
DUA BULAN KEMUDIAN…
“Aku terima nikahnya Siti Sakinah binti
Abdullah dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus ringgit tunai,” Iskandar melafaz
dengan lancar. Semua orang tersenyum senang termasuk Sakinah. Dia melutut dihadapan Sakinah dan jari jemari
mereka bersentuhan tatkala Iskandar mahu menyarungkan cincin. Sakinah menyalami
suaminya selepas selesai menyarung cincin. Iskandar mencium dahi isterinya.
Majlis yang serba ringkas itu berakhir dengan
lancar. Sakinah sentiasa disisi suaminya. Tangan mereka sentiasa melekat antara
satu sama lain sehingga ada yang mengusik dua mempelai itu. Apabila malam
menjelang, mereka yang sudah letih itu terus menuju ke kamar. Mereka bersolat
Isyak berjemaah. Selesai solat, Sakinah membuka telekung dan melipat sejadah.
Iskandar duduk dibirai katil sambil memandang Sakinah yang masih berjubah ungu
muda itu.
“Kinah tak nak mandi?”soal Iskandar apabila
Sakinah duduk di sampingnya. Sakinah memandang Iskandar dengan pandangan
seorang isteri.
“Abang tak nak mandi?”soal Sakinah pula.
Iskandar tersenyum seraya mengangguk. Tangannya mencapai tangan Sakinah. Sakinah
membiarkan perilaku si suami.
“Sayang mandi dengan abang?” soal Iskandar
dengan niat mengusik. Sakinah tersenyum.
“Kalau itu yang boleh buat abang bahagia
dengan Kinah.”Sakinah memandang Iskandar yang memandangnya dengan wajah tidak
percaya. Iskandar tersenyum. Rezeki jangan di tolak. Dia menarik Sakinah ke
bilik air. Kelibat mereka hilang disebalik kamar mandi tersebut. Terdengar tawa
mereka berdua.
Selesai
mandi, sakinah menyarungkan baju tidur berwarna biru laut kegemaran Jeffry.
‘Kinah mintak abang restui perkahwinan Kinah dengan Is. Semoga baju ni boleh
buat Kinah lupakan masa lalu.’kata Sakinah seolah-olah bercakap dengan Jeffry.
Anaknya dengan Jeffry kini tinggal bersama Aisya dan Hamdan,suaminya. Laila
namanya!
Iskandar memegang bahu Sakinah yang terdedah.
Dada Sakinah berombak kencang. Iskandar memeluk pinggangnya. Iskandar membawa
tubuh Sakinah ke katil. Lampu kamar dipadam. Kedua-duanya hanyut…
***********
Sepuluh
bulan kemudian…
Sakinah melahirkan seorang bayi perempuan yang
comel. Laila tersenyum menerima adik baru. Iskandar tersenyum. Namun, tiba-tiba
hatinya sebak. Isterinya telah tiada. Sakinah meninggalkan dua orang puteri
untuknya. Dan dia berjanji untuk menjaga puteri mereka itu sebaik mungkin.
************
“Macam mana dengan isteri dan anak saya
doktor?”soal Iskandar dengan muka gabra apabila seorang perempuan berjalan
keluar adari dewan bedah.
“Anak encik selamat cuma isteri encik saja
yang masih bertarung nyawa.”soal doktor tersebut dengan tenang. Iskandar
keliru.
“Maksudnya?”
“Encik tak tahu puan Sakinah ada kanser rahim?”soal
doktor tersebut. Iskandar menggeleng.
“Kami dah minta puan Sakinah untuk buang rahim
dia tapi dia tak nak. Dia kata ini satu-satunya kenangan untuk encik.”sambung
doktor itu lagi. Iskandar terduduk.
“Saya nak mintak persetujuan encik untuk
menjalankan pembedahan keatas puan Sakinah.” Iskandar terpaksa bersetuju.
SELEPAS BEBERAPA JAM…
“Kami mintak maaf. Kami dah cuba sedaya
upaya.”kata doktor tersebut pada Iskandar. Airmata lelakinya menitis jua.
‘Kenapa Kinah tinggal abang?’ dia menangis sambil memeluk Laila. Anak kecil itu
tidak tahu apa-apa tetapi air matanya turut bergenang. Iskandar redha! Dua
puteri pengganti kerinduannya terhadap Sakinah.
~TAMAT~
No comments:
Post a Comment