WELCOME TO MY WRITING WORLD

Selamat Datang.... Su Elly harap pembaca dapat memberikan komen-komen yang baik..

About Me

My photo
Seorang yg minat bidang penulisan tetapi tak pandai guna bahasa yg berbunga2 n yg indah2.. Dan seorang yg suka 'memporak-perandakan' blog sendiri...

Sunday, 4 December 2011

Dunia Cinta Kita...


Israk menumbuk cermin hiasan di dalam pejabatnya itu. Tangan yang luka tidak di endahkan. Darah yang mengalir pekat dibiarkan menitis. Hatinya kecewa. Perempuan yang disayanginya, meninggalkan dia tatkala mereka menghampiri mahligai bahagia. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Israk sendirian di pejabatnya. Dia termenung. Tangannya terasa kebas.
Pintu biliknya diketuk menyebabkan Israk tersentak. Masih ada orang di pejabat waktu-waktu begini? Pintu bilik terkuak. Wajah Suhani tersembul di sebalik daun pintu. Dia memandang Israk tanpa reaksi. Dilihatnya kaca bertaburan dan tangan lelaki kacak itu luka. Suhani menggeleng. Penyakit panas barannya kembali!
“Kenapa tak balik lagi?”soal Israk dengan suara perlahan. Dia bingkas bangun dan ingin  keluar dari biliknya. Suhani menarik tangan Israk. Dibelek-belek tangan yang luka. Dia menarik lelaki itu supaya duduk di sofa. Dia keluar dari bilik tersebut. Selepas beberapa minit, Suhani kembali dengan membawa peti kecemasan dan sebesen kecil air. Tuala yang berada di genggaman dibasahkan dan darah yang separuh mengering itu di basuhnya.
“Sakitlah.”Israk menepis tangannya kasar.
“Tadi masa buat, tak sakit?”soal Suhani dengan nada sinis sambil tangannya cermat membalut tangan bos pujaan mereka itu.
“Kenapa Su tak balik lagi?”soalnya cuba berinteraksi dengan bekas kekasih hatinya itu.
“Datang nak ambil handphone. Tertinggal. Mengamuk dekat siapa pulak kali ni?”
“Su, tak tahu ke pasal Is tak jadi kahwin dua minggu lepas?”
“Tau. Marahkan perempuan tu, sampai buat macam ni?”
“Ya. Memang Is marah perempuan tu. Tapi, Is lagi sakit hati tengok Su sekarang ni. Su masih baik pada Is walaupun Is tinggalkan Su macam tu je.” Suhani tersenyum. Dipandang wajah lelaki yang pernah bertakhta di hatinya itu. Sampai sekarang lelaki itu masih ditempat pertama.
“Sepatutnya, saya yang sakit hati dengan encik Israk. Encik Israk tak pernah cakap yang encik Israk putus dengan saya. Tiba-tiba je dah nak kahwin. Hati mana yang tak sakit, encik Israk?”kata Suhani kemudian berlalu meninggalkan Israk sendirian. Tiada lagi senyuman yang mekar di bibir wanita itu untuknya walaupun sebagai pekerja dan majikan.
Suhani menangis di dalam kereta. Kenapa percintaannya dan Israk tidak kekal? Benarkah mereka tiada jodoh? Dia mengelap air mata apabila telefon bimbitnya berdering menandakan mesej baru telah masuk. Dia menekan butang agar membolehkan dia membaca pesanan itu.
-Su masih sayang Is?
-Kalau Su kata Su masih sayang sekalipun, Is tak mampu buat apa-apa.
-Su sudi kalau Is lamar Su jadi isteri Is?
-Tak..
-Kenapa?
-Luka yang Is tinggalkan masih belum kering.
-Su..
-Kenapa nak cari Su? Banyak perempuan yang Is boleh dapat.
-Sebab Is sayang Su sangat-sangat.
-Kalau sayang  Is tak kan tinggal Su macam tu.
-I’m sorry. Su bagi Is peluang.
-Peluang apa?
-Peluang untuk Is rebut kembali cinta Su.
-Kalau Is mampu..
Mesej terakhir yang dikirim Suhani, membakar semangat Israk. ‘Is akan rebut balik cinta Su. Is tak mampu lupakan Su walau sesaat.’kata hati kecil Israk. Dia membuka surat yang pernah dikirim Suhani selepas dia mengkhabarkan dia bakal berkahwin. Israk membaca setiap kekecewaan Suhani.
Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Di kala itu engkaulah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri
Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan
Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu
Sia-sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncak nya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata…

Pagi itu, sesampai sahaja di pejabat, sepucuk surat sudah terletak kemas diatas mejanya. Suhani menggeleng. Ini pasti kerja Israk. Tak sangka kali ini Israk tidak main-main. Suhani membuka sampul surat merah itu dan membuka lipatan surat tersebut. Terus isinya di baca.
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Israk memandang Suhani dari pejabatnya. Suhani menyimpan surat itu di dalam laci mejanya. Israk tersenyum. Suhani masih cintakan dirinya walaupun hati gadis itu telah dilukai. Sekiranya dia berjaya menawan kembali hati Suhani, dia tidak akan mempersia-siakan gadis itu lagi.
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Suhani belum berganjak dari kerusinya. Tangannya ligat menulis sesuatu. Kemudian,dimasukkan kedalam sampul. Selepas siap berkemas, dia berjalan dihadapan bilik Israk kerana itulah satu-satunya jalan untuk pekerja syarikat itu keluar.
Melihat Suhani lalu di hadapan biliknya, Israk cepat-cepat membuka pintu dan menarik tangan Suhani supaya melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Ish.. Apa ni,encik Israk? Pegang-pegang orang.”marah Suhani sambil berusaha melepaskan tangannya daripada pegangan Israk yang menyakitkan itu.
“Su, Is lama tak tengok senyuman Su. Boleh tak Su senyum untuk Is?”
“Encik Israk ambil ni.”Suhani memberi surat pada Israk dan keluar dari bilik tersebut. Israk membaca isi kandungan surat itu. Dia kecewa.
Terlalu lama Su tunggu Is. Su tak pasti boleh terima Is atau tidak. Tetapi, Is harus tahu, dalam hati Su Is tetap yang pertama. Mungkin kita tak ada jodoh jadi lebih baik Is hentikan niat nak berbaik semula dengan Su. Bukan tak sudi tapi tak mampu.

Suhani memandu dengan tenang sekali tetapi fikirannya tidak tertumpu pada pemanduan. Dia teringatkan Israk. Dia harap Israk tidak lagi mengejarnya. Diantara mereka telah berakhir. Dia menghidupkan mp3 di telefon bimbitnya. Lagu ‘Without U’ daripada U-Kiss dipasangnya. Mulutnya terikut-ikut lagu tersebut.
Hatinya berasa sedikit tenang selepas dia ‘melepaskan’ Israk dari hatinya. ‘Israk bukan untuk aku. Israk bukan untuk Suhani.’ Tekadnya di dalam hati. Walaupun sakit, dia harus terima. Jika mereka benar berjodoh, dia terima dengan ikhlas. Tetapi jika hubungan mereka hanya sebagai majikan dan pekerja sahaja, dia juga terima dengan ikhlas.

“Mak dah terima pinangan untuk kamu. Kamu harus terima kerana mak dah setuju.”kata Puan Kasih melalui telefon.
“Iyalah, mak. Su ikut saja apa yang mak buat. Mungkin itu yang terbaik.”kata Suhani pasrah. Wajah ibunya jelas terbayang di ruang mata.
“Mak nak masak ni. Nanti mak pergi rumah kamu. Majlis buat kat rumah kamu je. Assalamualaikum.”Puan Kasih mematikan talian. Suhani tersandar di sofa. Dia memandang setiap penjuru rumah teresnya. ‘Majlis kahwin buat kat rumah aku yang kecik ni?” hatinya tertanya-tanya. Israk sudah tidak menelefon atau menghantar pesanan kepadanya. Kadang-kadang dia merasa rindu pada lelaki itu. Tapi, rasa itu dibiarkan berlalu.
Dia bangun menuju ke dapur. Perutnya sudah berkeroncong. Sudah tengahhari rupanya. Dia sendiri belum solat Zohor. Selepas makan, Suhani cepat-cepat menyelesaikan hutang diantara hamba dan Pencipta-Nya. Dia berdoa agar jodoh ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

 Hari perkahwin yang ditunggu oleh semua orang tetapi tidak bagi Suhani. Tiba-tiba dia merasa menyesal mengikut kata-kata emaknya agar menerima perkahwinan ini. Dia sedap hati. Dia yakin ada sesuatu yang dirahsiakan mengenai bakal suaminya ini.
Dia mendengar bunyi riuh di luar. Pastinya pengantin lelaki sudah sampai. Dia duduk dibirai katil dengan tenang walaupun hatinya gundah-gulana. Dengan satu lafaz, kini Suhani sah menjadi isteri orang. Pintu bilik di kuak. Pengantin lelaki menapak masuk ke bilik untuk pembatalan air sembahyang. Suhani hanya tertunduk. Tidak mahu menatap wajah si suami.
Selepas disarung cincin, Suhani mencium tangan suaminya penuh hormat. Si suami mencium kembali ubun-ubunnya. Kedua-dua belah pipinya juga dikucup penuh kasih. Wangian yang dipakai lelaki ini sangat familiar dengan deria bau Suhani. Tetapi, siapa yang gemar memakai wangian ini? Dia lupa.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Suhani masih mencari kelibat suaminya. Apabila dia bertanya, semua orang mengelak. Malas untuk mencari dan menanti suaminya, Suhani melangkah ke kamar tidur. Dia memijak satu persatu anak tangga dengan longlai.
Sebaik sampai di bilik, terus baju tidur satin yang dihadiahkan Liza dicapainya. Baju tidur yang bertali kecil dan sedikit jarang itu diusung sehingga ke bilik mandi. Selesai mandi, dia berdiri dihadapan meja solek. Badannya susut benar berbanding setahun yang lalu sewaktu masih bersama Israk. Dia termenung panjang.
Tangan yang memegang bahunya tidak diendahkan kerana dia tahu itu pasti suaminya. Tangan itu melurut dan tangannya digenggam erat. Satu kucupan hinggap di leher Suhani. Bau ini. Ya!! Dia sudah tahu siapa yang gemar memakai wangian ini. Israk!! Serta-merta dia memanggungkan kepala.
Pandangan matanya bertentangan dengan pandangan mata Israk yang kini menjadi suaminya yang sah di dalam cermin. Bagai tidak percaya, Suhani berpaling dan menyentuh lembut wajah suaminya.
“Ya, sayang. Ini abang. Israk. Lelaki yang terlalu mencintai Suhani sehingga menyakiti hatinya.”kata Israk. Suhani menitiskan air mata. Ternyata jodohnya dengan Israk masih panjang. Terus lelaki itu di peluk erat. Israk mengusap lembut kepala isterinya. Dia sangat bersyukur. Akhirnya, niatnya untuk mencintai Suhani kali kedua kesampaian. Kali ini, hati isterinya akan dijaga sebaik-baiknya. Dia tidak ingin menyakiti wanita kesayangannya lagi.
“Kenapa abang buat semua ni?”tanya Suhani dengan linangan airmata.
“Abang sayang Su dan abang nak Su mengisi tahkta permaisuri dihati abang. Tak ada orang lain yang akan ambil Su dari abang. Tak ada orang yang akan menggugat kedudukan Su dalam hati abang.”balas Israk penuh keikhlasan sambil mengelap airmata wanita itu menggunakan tangannya..
Israk mencempung isterinya dan membawanya ke katil. Bibir wanita itu dikucup mesra. Suhani merangkul leher suaminya. Suhani dan Israk akhirnya bersatu walaupun Suhani sudah berputus asa dengan perasaannya pada Israk.

Setahun kemudian....
Suhani memegang pinggang yang terasa sakit. Tinggal beberapa minggu lagi dia akan melahirkan bayi sulungnya. Dia duduk di atas sofa untuk merehatkan badan. Israk datang dari arah dapur sambil membawa segelas susu untuk isteri tersayang. Suhani tersenyum.
“Nah. Minum sampai habis. Untuk baby. Bagi dia sihat.”kata Israk sewaktu gelas bertukar tangan. Suhani akur.
“Dan bagi jiwa baby penuh dengan kasih sayang macam mama dan papa dia.”kata Liza tiba-tiba. Suhani hanya tersenyum sambil memandang Israk. Liza duduk di sebelah kakak iparnya. Perut kakak iparnya diusap.
“Helo,baby. Ni mak su. Nama mak su Liza Hanina.”Liza bercakap-cakap dengan bayi di dalam kandungan  Suhani. Israk dan Suhani tergelak kecil melihat gelagat Liza.
“Akak ingat lagi tak waktu akak baru mengandung?”soal Liza sambil tergelak. Suhani turut tergelak tetapi ditahan. Muka Israk mulai memerah. Israk menampar lengan adiknya. Suhani dan Liza terus ketawa. Kemudian Israk turut ketawa. Rasa geli hati pula…

Israk memuntahkan segala makanan yang terdapat di dalam perutnya. Perit rasa tekaknya. Suhani mengurut belakang suaminya. Selesai muntah, Suhani memimpin tangan Israk menuju ke katil. Israk tersandar di kepala katil. Letih rasanya.
“Abang ni. Orang lain yang mengandung orang lain yang mabuk.”kata Suhani pada suaminya. Israk memegang tangan isterinya.
“Kepala abang peninglah, sayang. Abang nak rehat sekejap.”kata Israk sambil membaringkan tubuh diatas tilam. Suhani menghela nafas panjang. Dia naik ke atas katil. Dia turut berbaring disisi suaminya. Israk memeluk isterinya. Mereka terlena.
~ TAMAT ~

- Si Penulis Cerpen -

Kasih Ana...

Nama aku Amir..aku pernah bercinta dengan sorang bdak  form 5. Aku sayang giler kat dia...waktu tu aku baru umo 19 tahun....setiap hari kami msj...dia pandai memujuk aku...dia penuh dgn sifat kelembutan..niat di hati aku..aku memang tak mau lepaskan dia...
Satu hari aku cakap kat mak aku...
“Mak,amir nak kawin.”mak aku terkejut beruk...umo bru 19 dah nak kawin....
“Tak boleh..mak tak izinkan...kau dah gila ke???”
“Mak,plez...Amir sayang sgt kat Suhana.Amir tkot kalau Amir tak kawin dgn dia..,kmi akan buat perkara yang bukan2..”
PANGGGG!!!
Mak tampar aku...first kot...aku jadi moody....Suhana terus memujuk aku supaya be cool.. kemudian Suhana antar msj..
-Kalau abg dah ok nnt,msj Ana ya..
Aku tak balas...tup..tuppp....mak aku suruh aku tunang dgn sepupu aku masa cuti sem.. aku apalagi, bengang la.
“Sampai hati mak buat Amir ni. Mak tau Amir sayangkan Ana. Kenapa mak sruh Amir tunang dgn Shahida?”menitis airmata lelaki yang selama nie aku tahan...
Aku antar msj pd Ana.
-Ana,abg dah tuning dgn orang len..lpas nie abg hrap kita x msj terlalu kerap.tkot tunang abg marah..
-Smpai hati abg tipu Ana...abg tau kan yg hati Ana hanya utk abg?knp buat Ana mcm ni? Knp mesti abang permainkan perasaan Ana? Knp Ana?
Aku menangis membaca msj-nya.aku tahu aku silap...Ana antar msj lagi..
-Tp, Ana nak ucapkan taniah n thx coz dah bagi Ana kebahagiaan walaupun sekejap...Ana ttp sayang abg walau apa pun..salam...
 Selepas 2 tahun..
Aku tunggu anak saudara aku balik tadika... waktu dok tunggu dia kuar tadika tu..aku nmpak sebuah kereta proton perdana.seorang perempuan kuar.. Ya ALLAH!! Perempuan yg aku sayang. Yang aku cinta...dia tunggu sapa? Anak kot..fikir aku sndirian.
Lps beberapa minit,bdak2 pun kuar...Ana tersenyum manis pada seorang bdak lelaki... anak saudara aku kot...tapi mcm na dia knal ank saudara aku?????
Amran,anak saudara aku bwak dia ke kereta smbil pmpin tgn. Dia membuka pntu kereta... aku snyum ke arahnya... sebaik je tgk muka aku, snyuman dia trus hilang. Bnci ke? Atau masih marah? Aku terkilan....
Aku cuba berbaik balik dgn dia..mcm2 cara aku pujuk dia supaya kembali kepangkuan aku tp dia menolak. Alasannya aku dah kawin..dia tau ke aku dah kawin..
1 hr,bla nmpak aku je dia nak lari. Aku tarik tgn dia...sedikit kasar.. dia mengaduh..kesian plak..
“Apa pegang2 tgn org ni? Gila ke?Orang yg dh kawin tak boleh buat mcm ni.”tegur Ana.
“Sapa kata abg dh kawin?abg dh lama putus dgn Shahida sbb nak tunggu Ana.”
“Bohong!!!”
“Abg rndukan Ana. Jgn layan abg mcm ni. Abg tak tahan... abg dah terlalu rndukan Ana.”
“Apa bukti yg abg rndukan Ana?”
“Ni..”kataku sambil megeluarkan sebentuk cincin emas. Ana terkejut!!!
“Will U marry me??? I’m really2 miss and love U.”
Ana trus memeluk aku..perkara yg dia tak akan buat sblum ni...sebaik dia leraikan pelukan dia kata:-
“Ana mntak maaf...Ana terlalu rndukan abg...Ana tak dpt kawal diri...”katanya. aku mengangguk. Aku fham prasaan Ana.
Mcm lagu P.Ramlee, ‘KALAU JODOH TAK KEMANA’
Akhirnya kebahagian aku muncul juga...kmi kawin...
Now,aku bertmbah happy bila Ana mengandung.. Thank You,Ya ALLLAH..anak kembar plak tu...tima kasih gak pada Ana sbb sudi trima aku yg serba kekurangan ni...
THANK YOU,SAYANG......

- Si Penulis Cerpen -

Some Story..

Hari nie Anis Suria nak bagi dua cerpen utk pembaca... cerepn yang diimport dari FB kawan Anis Suria. dia malas nak buat blog. so, dia suruh Anis Suria publish utk pembaca semua. semoga dapat membaca dengan tenang smbil merehatkan minda.. selamat membaca...

Friday, 2 December 2011

Cerpen: Ikhlasnya Shafiqah.

Setiap orang sikapnya berbeza. Begitu juga Shafiqah. Dia lebih senang berdiam diri jika tiada yang menarik perhatian. Sikapnya ini telah menyebabkannya tidak mempunyai ramai kawan. Tetapi, dia tidak kisah. Hidupnya tidak bergantung pada orang. Sebagai anak yatim, Shafiqah sudah bahagia dan sangat bersyukur jika mempunyai seseorang untuk berkongsi suka dan duka dengannya.
“Helo my friend. Kau termenung apa tu?”tegur Azni sambil memegang bahu kawan sekuliahnya. Shafiqah berpaling dan tersenyum pada Azni. Sahabatnya yang mempunyai darah keturunan Belanda itu memang cantik.
“Kau ingat pakwe ke?”Azni terus bertanya.
“Tak adalah. Tunggu kau lambat sangat. Aku pun beranganlah nak kahwin anak orang kaya.”kata Shafiqah sambil tergelak kecil. Azni menamparnya lembut.
“Kau ni. Suka permainkan aku.”rajuk Azni. Shafiqah memeluk bahu Azni.
“Kau ni cute bila merajuk. Itu yang buat aku suka mempermainkan kau.”Shafiqah terus ketawa.
“Dah la. Kau nak tolong aku buat kerja ke tak nak?”soal Azni dengan muncung.
“Iyalah, sayang.”usik Shafiqah lagi. Azni turut tersenyum dengan telatah Shafiqah. Kalau dengan lelaki, jangan harap ada senyuman yang mekar dibibirnya.
Ikhlas memandang gadis itu dari jauh. Cantik bila senyuman terbit dibibirnya. Tetapi kenapa dia tidak mahu tersenyum pada lelaki? ‘Mungkin pernah dikecewakan.’ Fikir Ikhlas sendirian.
“Ya Muhammad Ikhlas bin Dato’ Haji Ismail. Kau tengok apa?”panggil Rizwan. Ikhlas mengurut dada apabila melihat Rizwan disisinya.
“Aku tengok bidadari mandi. Kenapa?”balas Ikhlas dengan riak wajah selamba.
“Hah??”Rizwan mempamerkan wajah terkejutnya. ‘Biar betul kawan aku ni? Bila pulak ada sungai atau tasik kat U ni?’
“Haish kau ni.. Aku tengok budak yang kau orang kata sombong tu. Ok jer dia dengan kawan dia.”
“Dengan perempuan semua dia ok tapi bila dengan lelaki..huh.. jangan harap dia nak senyum.” Jelas Rizwan dengan mimik muka. Ikhlas mengangguk perlahan.
“Kenapa kau suka sebut perkataan ‘Ya’ masa panggil nama orang hah?”soal Ikhlas menukar topik.
“Maksud dalam bahasa Melayu ialah ‘wahai’. Perkataan ‘Ya’ tu daripada bahasa Arab sebenarnya. Kenapa?” Rizwan mengangkat kening.
“Tak ada apa-apa. Saja le nak tanya engkau.”
“Ikhlas, jom balik hostel. Aku penatlah.”Ajak Rizwan. Mukanya jelas menunjukkan dia kepenatan.
“Iyalah. Jom. Karang tak pasal-pasal tertiarap kat sini pulak.”kata Ikhlas sambil mencapai begnya dan berjalan membuntuti langkah Rizwan.
“Cik kak, tunggu sekejap.”laung Ikhlas. Dia berlari-lari anak mengejar Shafiqah. Ikhlas memanjangkan langkah. Beberapa minit kemudian tangan Shafiqah ditariknya kasar.
“Kau nak apa?”kata Shafiah sedikit meninggikan suara. Pelajar-pelajar yang berada disitu hanya memerhati gelagat mereka.
“Aku nak kawan dengan kau. Boleh tak?”soal Ikhlas yang masih tercungap-cungap.
“Banyak lagi perempuan kat U kita ni, asal pulak kau nak kawan dengan aku? Aku tak mau kawan dengan kau. Tak sudi.”kata Shafiqah sengaja menyombongkan dirinya dihadapan lelaki tersebut.
“Tapi kau nak kawan jugak dengan kau. Aku tak peduli sama ada kau sudi atau tak. Titik.”kata Ikhlas tegas. Shafiqah terkesima.
“Kenapa nak paksa aku? Aku tak mau kawan dengan kau. Tak faham ke?”kata Shafiqah yang kemudiannya meninggalkan Ikhlas keseorangan di koridor itu. ‘Kenapa payah sangat nak kawan dengan budak ni?’ desis hati Ikhlas. Dia mengeluh.
Shafiqah menghempas begnya di atas katil. Dia bengang. ‘Kenapa dengan budak tu? Apa dia nak dari aku?” Hati Shafiqah tertanya-tanya. Mukanya jelas menggambarkan dia sedang tertekan. Dia tidak pandai mengawal perasaan. Azni memandangnya dengan pandangan penuh tanda tanya.
“Kenapa?”soal Azni seolah-olah tahu sahabatnya sedang tertekan.
“Kenapa apa?” soalan dijawab soalan.
“Muka macam cicak tokek je. Apa hal?”
“Ada budak ni nak kawan dengan aku. Aku tak suka la. Kau tahukan, nanti dia orang kan reka cerita pasal aku bila aku berkawan dengan lelaki.”
“Sapa yang malang sangat tu?”
“Ikhlas. Anak Dato’ Haji Ismail. Kau kenal?” Azni mengangguk.
“Kawanlah dengan dia. Dia baik. Dia langsung tak hairan dengan harta mak bapak dia. Dengan orang miskin pun dia kawan.”Azni menerangkan sikap Ikhlas. Shafiqah duduk di birai katil. Hatinya tenang mendengar kata-kata Azni.
“Macam mana kau kenal budak tu?”soal Shafiqah dengan wajah yang berkerut. Azni menelan air liur. Tekaknya terasa perit. Selama ini tiada siapa tahu hubugannya dengan Ikhlas.
“Dia kembar aku. Kami kembar tak seiras.”kata Azni menahan debaran. Takut-takut Shafiqah marahkannya.
“Oh...patut la kau suruh aku kawan dengan dia. Kembar kau rupanya. Tapi, dia abang ke adik?”
“Dia abang. Kau kawan dengan dia. Ok?”kata Azni dengan senyuman sambil mencantumkan jari telunjuk ke ibu jari. Shafiqah hanya mengangguk dan tersenyum. ‘Pandai dia simpan rahsia. Depan aku buat-buat macam tak kenal abang sendiri.’kata Shafiqah di dalam hati. Mereka terus berbual.
Sebulan Kemudian....
Azni tersenyum melihat abangnya melambai kearahnya. Dia mendekati abangnya. Disalam tangan abangnya. Ikhlas hanya tersenyum melihat perubahan besar adik kembarnya. Azni kini bertudung dan sudah pandai menjaga setiap inci perlakuannya.
“Seorang je?”soal Ikhlas. Azni mengangguk. Dia tahu Ikhlas pasti mencari kelibat seseorang.
“Shafiqah mana?”soal Ikhlas lagi. Azni terkedu. ‘Apa aku nak jawab?’desis hati kecilnya.
“Kejap lagi kita jumpa dia.”Azni cuba mengawal sebak. Ikhlas hairan melihat adiknya. Mereka berdua berjalan ke kereta. Ikhlas baru sahaja pulang dari London kerana mengikut bapa saudaranya atas urusan keluarga. Azni memandu dan terus ke tanah perkuburan. Ikhlas memandang adiknya dengan dahi yang berkerut.
“Nak buat apa datang sini, Azni?”soalnya lembut. Azni diam seribu bahasa. Dia segera keluar dari perut kereta. Ikhlas membuntuti setiap langkah adiknya. Sampai di salah satu makam, Azni berhenti melangkah.
“Abang nak jumpa Shafiqah,kan?”tanya Azni.
“Yes tapi kita datang sini nak buat apa?”Ikhlas masih kebingungan.
“Shafiqah dah tak ada. Seminggu lepas abang pergi London.... Kami keluar ke Tesco. Kami kemalangan. Kalau ikutkan Shafiqah masih hidup sekarang ni. Tapi kerana nak selamatkan Azni, dia......”Azni tidak dapat menahan esak tangisnya. Dia teredu-sedan menangis. Ikhlas hanya memandang adiknya. Tidak tahu apa yang harus diungkapkan.
Sebelum keberangkatan Ikhlas ke London....
Ikhlas menemui Shafiqah. Gadis itu tersenyum manis padanya. Senyuman itu hanya untuk dirinya. Ikhlas bahagia. Shafiqah gadis yang pandai menjaga tatasusilanya. Pandai menjaga auratnya. Dia duduk di hadapan gadis itu.
“Abang nak pergi London. Tak tau lagi bila balik Malaysia.”kata Ikhlas muram. Shafiqah hanya tersenyum.
“Kalau ada jodoh kita jumpa lagi.”kata Shafiqah dengan mata yang berkaca. Entah mengapa, dua tiga hari ini dia rasakan bahawa dia akan pergi jauh dari Ikhlas. Dia asih tersenyum manis. Jantung Ikhlas berdegup kencang memandang gadis yang dicintainya itu.
“Lepas balik dari London abang suruh mama dan papa masuk minang Fiqah. Fiqah kena terima tau?”kata Ikhlas. Dari nadanya, Shafiqah dapat merasakan keikhlasan lelaki tersebut. Shafiqah tersenyum lagi dan mengangguk.
“Fiqah mintak maaf pada abang kalau Fiqah ada buat salah. Abang maafkan Fiqah, kan? Fiqah tak ada ibubapa. Fiqah mintak maaf ya, bang.”kata Shafiqah tiba-tiba. Ikhlas terkejut mendengar butir bicara gadis pujaannya itu.
“Kenapa cakap macam tu? Fiqah nak tinggalkan abang ke?”Ikhlas kebingungan. Shafiqah menggeleng perlahan.
“Abang jaga diri baik-baik tau kat sana. Doa Fiqah sentiasa dengan abang.”Shafiqah melemparkan senyumannya pada Ikhlas.
“Selama abang tak ada ni, Fiqah jangan senyum kat siapa-siapa tau. Ini amaran. Abang sayang Fiqah. Hanya Fiqah dalam hati abang.”Ikhlas mengukir senyuman. Shafiqah dan Ikhlas berbual sambil berjalan-jalan di sekitar taman rekreasi itu. Penuh kebahagiaan.
Seminggu Selepas Keberangkatan Ikhlas ke London.....
“Jom teman aku pergi Tesco.”Ajak Azni. Shafiqah memandangnya dengan pandangan kosong.
“Buat apa? Malas la.”Shafiqah mengerutkan dahi. Azni mengeluh.
“Alah... Jom la. Aku nak beli barang dapur.”Wajah Azni penuh mengharap. Shafiqah akhirnya bersetuju.
Shafiqah memandu kereta. Mereka rancak berbual. Betul kata pepatah, malang tidak berbau. Sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta yang mereka naiki. Kemudian, sebuah lori kontena menghentam mereka. Dentuman kuat kedengaran. Kini, kereta mereka terbalik. Tayar keatas.
“Azni, kau okey tak?”panggil Shafiqah. Hanya suara lemah Azni yang kedengaran.
“Keluar Azni. Cepat.”Shafiqah mengarahkan sahabatnya keluar dari kereta tersebut.
“Kau macam mana?”Azni kalut.
“Kau keluar dulu. Kaki aku tersepit. Cepat.”Shafiqah terus mengarah. Azni cuba keluar dari kereta tersebut. ‘Terima Kasih, Ya ALLAH.’ Azni bersyukur. Kepalanya berdarah. Dia melihat kearah Shafiqah yang masih didalam kereta. Shafiqah tersenyum padanya. Baru sahaja dia ingin mendekati semula kereta tersebut....
Boommmm!!!!
“Shafiqah.”jerit Azni seperti orang histeria. Dia terduduk. Kereta itu hangus terbakar. Azni meraung. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Darah makin banyak mengalir. Tiba-tiba pandangannya gelap.
Sebaik membuka mata, Azni menangis. Dia teringat apa yang sudah terjadi. Kalau dia tidak mengajak Shafiqah keluar petang itu, pasti sahabatnya masih bernyawa sekarang. Mama-nya memberitahu padanya bahawa sudah lima hari dia koma. Setiap masa Azni menangis. Dalam solatnya, kesejahteraan Shafiqah di alam sana sentiasa di doakan. Rasa serba salah sentiasa menghantuinya sehinggalah suatu malam dia bermimpi. Mimpi bertemu sahabatnya!
Shafiqah tersenyum padanya. Azni menangis. Sungguh ternyata Shafiqah tidak menyalahkannya atas kemalangan yang meragut nyawanya sendiri.
“Kau jangan menangis. Aku tak pernah salahkan kau. Tabahlah, wahai sahabat.”kata Shafiqah yang kemudiannya menghilang. Azni terjaga dari tidur. Mukanya basah kerana menangis dalam tidur. Segera dia bangun dan menunaikna solat. Doa-nya sentiasa sama. Semoga Shafiqah tenang di alam sana dan dibebaskan dari seksaan kubur.
Beberapa tahun kemudian.....
Azni menepuk lembut bahu abangnya. Kini mereka sudah mencecah umur 35 tahun. Azni sendiri sudah mempunyai dua orang anak. Tetapi tidak Ikhlas.
“Abang teringatkan arwah Shafiqah ke?”soal Azni dengan muka muram. Ikhlas hanya tersenyum. Dia suka tersenyum sejak mengetahui kematian Shafiqah. Bukan suka tetapi setiap kali dia melemparkan senyuman, wajah manis gadis itu melayang ke ruang mata. Wajah Shafiqah yang tersenyum menyejukkan hatinya.
“Abang.....”panggil Azni.
“Abang tak ada hati nak kahwin lagi, Azni. Cinta abang untuk arwah masih wujud dan akan sentiasa wujud.”kata Ikhlas tiba-tiba. Azni mengerti. Sudah banyak perempuan yang dikenalkan, semuanya ditolak atas alasan cintanya masih membara untuk Shafiqah.
“Kami memang tak ada jodoh, Azni. Kalau bukan Shafiqah yang meninggal, mungkin abang.”sambung Ikhlas lagi. Dia bangun dari sofa apabila mendengar azan Maghrib. Azni hanya memandang setiap langkah abangnya sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangan.

~ TAMAT ~

Hai.....

Hahahaha.... Sukanya bila follower dah bertambah.. hai.... riangnya hati.... sukanya... love be blogger..... kalau boleh hari2 nak menulis untuk korang semua... boleh jadi macam Ria Natsumi... hehehehe... Bestnya.... Thanks kepada yang memberi semangat...

Wednesday, 30 November 2011

Happy..

walaupun baru ada 2 follower tapi rasanya macam dah ada 2000000000 follower. best jugak jadi blogger nie. rasa happy-nya lain macam and semacam je. nak curah perasaan pun tak siapa kisah sangat. hahahaha.....

Monday, 28 November 2011

Sedih...

Lama tak menulis di blog ni.. rindu rasanya.. walaupun baru ada seorang follower.. huhuhu.. sedihnya... dah puas promote pun tak ada sapa nak jadi follower jugak.. terkilan rasanya... tapi apakan daya.. orang tak sedar tentang kewujudan blog ini... kenapa payah sangat nak cari follower ni??? wei, jadilah follower.... Please.....

Wednesday, 16 November 2011

Hello...Everyone...

is it wrong if I liked men more sophisticated than me? is it wrong? I am human. have hearts and feelings. I love his sincere heart. But why is his ex-girl cast me as the hijackers? girl is despised at me just because I am not wealthy like her family. I know, father of the woman lawyer. mother of the woman surgeon. my family ..... middle-class only. x according to the youth. her message me and ask me whether I am eligible for the guy. I know .. I do not like the beautiful and wealthy families. but .., the rich really only know look down at the most to?? I always dreamed of living like the storyline in the novel become a reality in my life. but, what is happening is worse than that. I would not be like Cinderella who married a rich man and live happily ever ......love was not to be...

Tuesday, 15 November 2011

Salam to Muslim... n Hello to everyone...

we as humans should be thankful with what you have. Do not throw things away when I got something new .. others appreciate the gift so

that others do not feel useless to us. the same as our lives. when there is love, we must return love. But we must not remove that person

from our lives when we find someone else ... loved every person who was present in our lives. despite the presence of such persons is

hurt and mock our sincere feelings on it .. whole-hearted affection and love for those who are still loyal to accompany us throughout our

lives through this ...SMILE...

LOVELY SISTER...

HAPPY BIRTHDAY TO MY YOUNGER SISTER...

LOTS OF LOVE TO HER...

LOVE YOU.

Hello...Everyone...

I'm new here. I can not always renew my blog.All people have their own work. everyone is busy. But I want to discuss something with you all. do you know what is k-pop?? I am sure many people know and interested in k-pop. so I .. not to say, but the wave k-pop is a problem to the community, especially school students. students can not accept the fact when their beloved idol found love. like what happened to students in South Korea when they find out about the love affair between JunHyung (Beast) and Hara (Kara).

So sweet couple!!!

I am not mistaken if we are interested in what kind of music but if we are still a student .. Remember that education is still important than our beloved idol love affair .. does not mean we can not take cognizance of their careers, but should be in line with our lives as a student .. Students who are active are students who can divide the study time and leisure time ... be students who are disciplined and visionary ...if the beloved idol .. we have a love affair, we should pray that their relationship lasted until the end .... is also one way we support our beloved idol's career journey .. time has taken over my job here ... see you on my wall ... have a nice day ...
SMILE....