Setiap orang sikapnya berbeza. Begitu juga Shafiqah. Dia lebih senang berdiam diri jika tiada yang menarik perhatian. Sikapnya ini telah menyebabkannya tidak mempunyai ramai kawan. Tetapi, dia tidak kisah. Hidupnya tidak bergantung pada orang. Sebagai anak yatim, Shafiqah sudah bahagia dan sangat bersyukur jika mempunyai seseorang untuk berkongsi suka dan duka dengannya.
“Helo my friend. Kau termenung apa tu?”tegur Azni sambil memegang bahu kawan sekuliahnya. Shafiqah berpaling dan tersenyum pada Azni. Sahabatnya yang mempunyai darah keturunan Belanda itu memang cantik.
“Kau ingat pakwe ke?”Azni terus bertanya.
“Tak adalah. Tunggu kau lambat sangat. Aku pun beranganlah nak kahwin anak orang kaya.”kata Shafiqah sambil tergelak kecil. Azni menamparnya lembut.
“Kau ni. Suka permainkan aku.”rajuk Azni. Shafiqah memeluk bahu Azni.
“Kau ni cute bila merajuk. Itu yang buat aku suka mempermainkan kau.”Shafiqah terus ketawa.
“Dah la. Kau nak tolong aku buat kerja ke tak nak?”soal Azni dengan muncung.
“Iyalah, sayang.”usik Shafiqah lagi. Azni turut tersenyum dengan telatah Shafiqah. Kalau dengan lelaki, jangan harap ada senyuman yang mekar dibibirnya.
Ikhlas memandang gadis itu dari jauh. Cantik bila senyuman terbit dibibirnya. Tetapi kenapa dia tidak mahu tersenyum pada lelaki? ‘Mungkin pernah dikecewakan.’ Fikir Ikhlas sendirian.
“Ya Muhammad Ikhlas bin Dato’ Haji Ismail. Kau tengok apa?”panggil Rizwan. Ikhlas mengurut dada apabila melihat Rizwan disisinya.
“Aku tengok bidadari mandi. Kenapa?”balas Ikhlas dengan riak wajah selamba.
“Hah??”Rizwan mempamerkan wajah terkejutnya. ‘Biar betul kawan aku ni? Bila pulak ada sungai atau tasik kat U ni?’
“Haish kau ni.. Aku tengok budak yang kau orang kata sombong tu. Ok jer dia dengan kawan dia.”
“Dengan perempuan semua dia ok tapi bila dengan lelaki..huh.. jangan harap dia nak senyum.” Jelas Rizwan dengan mimik muka. Ikhlas mengangguk perlahan.
“Kenapa kau suka sebut perkataan ‘Ya’ masa panggil nama orang hah?”soal Ikhlas menukar topik.
“Maksud dalam bahasa Melayu ialah ‘wahai’. Perkataan ‘Ya’ tu daripada bahasa Arab sebenarnya. Kenapa?” Rizwan mengangkat kening.
“Tak ada apa-apa. Saja le nak tanya engkau.”
“Ikhlas, jom balik hostel. Aku penatlah.”Ajak Rizwan. Mukanya jelas menunjukkan dia kepenatan.
“Iyalah. Jom. Karang tak pasal-pasal tertiarap kat sini pulak.”kata Ikhlas sambil mencapai begnya dan berjalan membuntuti langkah Rizwan.
“Cik kak, tunggu sekejap.”laung Ikhlas. Dia berlari-lari anak mengejar Shafiqah. Ikhlas memanjangkan langkah. Beberapa minit kemudian tangan Shafiqah ditariknya kasar.
“Kau nak apa?”kata Shafiah sedikit meninggikan suara. Pelajar-pelajar yang berada disitu hanya memerhati gelagat mereka.
“Aku nak kawan dengan kau. Boleh tak?”soal Ikhlas yang masih tercungap-cungap.
“Banyak lagi perempuan kat U kita ni, asal pulak kau nak kawan dengan aku? Aku tak mau kawan dengan kau. Tak sudi.”kata Shafiqah sengaja menyombongkan dirinya dihadapan lelaki tersebut.
“Tapi kau nak kawan jugak dengan kau. Aku tak peduli sama ada kau sudi atau tak. Titik.”kata Ikhlas tegas. Shafiqah terkesima.
“Kenapa nak paksa aku? Aku tak mau kawan dengan kau. Tak faham ke?”kata Shafiqah yang kemudiannya meninggalkan Ikhlas keseorangan di koridor itu. ‘Kenapa payah sangat nak kawan dengan budak ni?’ desis hati Ikhlas. Dia mengeluh.
Shafiqah menghempas begnya di atas katil. Dia bengang. ‘Kenapa dengan budak tu? Apa dia nak dari aku?” Hati Shafiqah tertanya-tanya. Mukanya jelas menggambarkan dia sedang tertekan. Dia tidak pandai mengawal perasaan. Azni memandangnya dengan pandangan penuh tanda tanya.
“Kenapa?”soal Azni seolah-olah tahu sahabatnya sedang tertekan.
“Kenapa apa?” soalan dijawab soalan.
“Muka macam cicak tokek je. Apa hal?”
“Ada budak ni nak kawan dengan aku. Aku tak suka la. Kau tahukan, nanti dia orang kan reka cerita pasal aku bila aku berkawan dengan lelaki.”
“Sapa yang malang sangat tu?”
“Ikhlas. Anak Dato’ Haji Ismail. Kau kenal?” Azni mengangguk.
“Kawanlah dengan dia. Dia baik. Dia langsung tak hairan dengan harta mak bapak dia. Dengan orang miskin pun dia kawan.”Azni menerangkan sikap Ikhlas. Shafiqah duduk di birai katil. Hatinya tenang mendengar kata-kata Azni.
“Macam mana kau kenal budak tu?”soal Shafiqah dengan wajah yang berkerut. Azni menelan air liur. Tekaknya terasa perit. Selama ini tiada siapa tahu hubugannya dengan Ikhlas.
“Dia kembar aku. Kami kembar tak seiras.”kata Azni menahan debaran. Takut-takut Shafiqah marahkannya.
“Oh...patut la kau suruh aku kawan dengan dia. Kembar kau rupanya. Tapi, dia abang ke adik?”
“Dia abang. Kau kawan dengan dia. Ok?”kata Azni dengan senyuman sambil mencantumkan jari telunjuk ke ibu jari. Shafiqah hanya mengangguk dan tersenyum. ‘Pandai dia simpan rahsia. Depan aku buat-buat macam tak kenal abang sendiri.’kata Shafiqah di dalam hati. Mereka terus berbual.
Sebulan Kemudian....
Azni tersenyum melihat abangnya melambai kearahnya. Dia mendekati abangnya. Disalam tangan abangnya. Ikhlas hanya tersenyum melihat perubahan besar adik kembarnya. Azni kini bertudung dan sudah pandai menjaga setiap inci perlakuannya.
“Seorang je?”soal Ikhlas. Azni mengangguk. Dia tahu Ikhlas pasti mencari kelibat seseorang.
“Shafiqah mana?”soal Ikhlas lagi. Azni terkedu. ‘Apa aku nak jawab?’desis hati kecilnya.
“Kejap lagi kita jumpa dia.”Azni cuba mengawal sebak. Ikhlas hairan melihat adiknya. Mereka berdua berjalan ke kereta. Ikhlas baru sahaja pulang dari London kerana mengikut bapa saudaranya atas urusan keluarga. Azni memandu dan terus ke tanah perkuburan. Ikhlas memandang adiknya dengan dahi yang berkerut.
“Nak buat apa datang sini, Azni?”soalnya lembut. Azni diam seribu bahasa. Dia segera keluar dari perut kereta. Ikhlas membuntuti setiap langkah adiknya. Sampai di salah satu makam, Azni berhenti melangkah.
“Abang nak jumpa Shafiqah,kan?”tanya Azni.
“Yes tapi kita datang sini nak buat apa?”Ikhlas masih kebingungan.
“Shafiqah dah tak ada. Seminggu lepas abang pergi London.... Kami keluar ke Tesco. Kami kemalangan. Kalau ikutkan Shafiqah masih hidup sekarang ni. Tapi kerana nak selamatkan Azni, dia......”Azni tidak dapat menahan esak tangisnya. Dia teredu-sedan menangis. Ikhlas hanya memandang adiknya. Tidak tahu apa yang harus diungkapkan.
Sebelum keberangkatan Ikhlas ke London....
Ikhlas menemui Shafiqah. Gadis itu tersenyum manis padanya. Senyuman itu hanya untuk dirinya. Ikhlas bahagia. Shafiqah gadis yang pandai menjaga tatasusilanya. Pandai menjaga auratnya. Dia duduk di hadapan gadis itu.
“Abang nak pergi London. Tak tau lagi bila balik Malaysia.”kata Ikhlas muram. Shafiqah hanya tersenyum.
“Kalau ada jodoh kita jumpa lagi.”kata Shafiqah dengan mata yang berkaca. Entah mengapa, dua tiga hari ini dia rasakan bahawa dia akan pergi jauh dari Ikhlas. Dia asih tersenyum manis. Jantung Ikhlas berdegup kencang memandang gadis yang dicintainya itu.
“Lepas balik dari London abang suruh mama dan papa masuk minang Fiqah. Fiqah kena terima tau?”kata Ikhlas. Dari nadanya, Shafiqah dapat merasakan keikhlasan lelaki tersebut. Shafiqah tersenyum lagi dan mengangguk.
“Fiqah mintak maaf pada abang kalau Fiqah ada buat salah. Abang maafkan Fiqah, kan? Fiqah tak ada ibubapa. Fiqah mintak maaf ya, bang.”kata Shafiqah tiba-tiba. Ikhlas terkejut mendengar butir bicara gadis pujaannya itu.
“Kenapa cakap macam tu? Fiqah nak tinggalkan abang ke?”Ikhlas kebingungan. Shafiqah menggeleng perlahan.
“Abang jaga diri baik-baik tau kat sana. Doa Fiqah sentiasa dengan abang.”Shafiqah melemparkan senyumannya pada Ikhlas.
“Selama abang tak ada ni, Fiqah jangan senyum kat siapa-siapa tau. Ini amaran. Abang sayang Fiqah. Hanya Fiqah dalam hati abang.”Ikhlas mengukir senyuman. Shafiqah dan Ikhlas berbual sambil berjalan-jalan di sekitar taman rekreasi itu. Penuh kebahagiaan.
Seminggu Selepas Keberangkatan Ikhlas ke London.....
“Jom teman aku pergi Tesco.”Ajak Azni. Shafiqah memandangnya dengan pandangan kosong.
“Buat apa? Malas la.”Shafiqah mengerutkan dahi. Azni mengeluh.
“Alah... Jom la. Aku nak beli barang dapur.”Wajah Azni penuh mengharap. Shafiqah akhirnya bersetuju.
Shafiqah memandu kereta. Mereka rancak berbual. Betul kata pepatah, malang tidak berbau. Sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta yang mereka naiki. Kemudian, sebuah lori kontena menghentam mereka. Dentuman kuat kedengaran. Kini, kereta mereka terbalik. Tayar keatas.
“Azni, kau okey tak?”panggil Shafiqah. Hanya suara lemah Azni yang kedengaran.
“Keluar Azni. Cepat.”Shafiqah mengarahkan sahabatnya keluar dari kereta tersebut.
“Kau macam mana?”Azni kalut.
“Kau keluar dulu. Kaki aku tersepit. Cepat.”Shafiqah terus mengarah. Azni cuba keluar dari kereta tersebut. ‘Terima Kasih, Ya ALLAH.’ Azni bersyukur. Kepalanya berdarah. Dia melihat kearah Shafiqah yang masih didalam kereta. Shafiqah tersenyum padanya. Baru sahaja dia ingin mendekati semula kereta tersebut....
Boommmm!!!!
“Shafiqah.”jerit Azni seperti orang histeria. Dia terduduk. Kereta itu hangus terbakar. Azni meraung. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Darah makin banyak mengalir. Tiba-tiba pandangannya gelap.
Sebaik membuka mata, Azni menangis. Dia teringat apa yang sudah terjadi. Kalau dia tidak mengajak Shafiqah keluar petang itu, pasti sahabatnya masih bernyawa sekarang. Mama-nya memberitahu padanya bahawa sudah lima hari dia koma. Setiap masa Azni menangis. Dalam solatnya, kesejahteraan Shafiqah di alam sana sentiasa di doakan. Rasa serba salah sentiasa menghantuinya sehinggalah suatu malam dia bermimpi. Mimpi bertemu sahabatnya!
Shafiqah tersenyum padanya. Azni menangis. Sungguh ternyata Shafiqah tidak menyalahkannya atas kemalangan yang meragut nyawanya sendiri.
“Kau jangan menangis. Aku tak pernah salahkan kau. Tabahlah, wahai sahabat.”kata Shafiqah yang kemudiannya menghilang. Azni terjaga dari tidur. Mukanya basah kerana menangis dalam tidur. Segera dia bangun dan menunaikna solat. Doa-nya sentiasa sama. Semoga Shafiqah tenang di alam sana dan dibebaskan dari seksaan kubur.
Beberapa tahun kemudian.....
Azni menepuk lembut bahu abangnya. Kini mereka sudah mencecah umur 35 tahun. Azni sendiri sudah mempunyai dua orang anak. Tetapi tidak Ikhlas.
“Abang teringatkan arwah Shafiqah ke?”soal Azni dengan muka muram. Ikhlas hanya tersenyum. Dia suka tersenyum sejak mengetahui kematian Shafiqah. Bukan suka tetapi setiap kali dia melemparkan senyuman, wajah manis gadis itu melayang ke ruang mata. Wajah Shafiqah yang tersenyum menyejukkan hatinya.
“Abang.....”panggil Azni.
“Abang tak ada hati nak kahwin lagi, Azni. Cinta abang untuk arwah masih wujud dan akan sentiasa wujud.”kata Ikhlas tiba-tiba. Azni mengerti. Sudah banyak perempuan yang dikenalkan, semuanya ditolak atas alasan cintanya masih membara untuk Shafiqah.
“Kami memang tak ada jodoh, Azni. Kalau bukan Shafiqah yang meninggal, mungkin abang.”sambung Ikhlas lagi. Dia bangun dari sofa apabila mendengar azan Maghrib. Azni hanya memandang setiap langkah abangnya sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangan.
~ TAMAT ~
No comments:
Post a Comment