Israk menumbuk cermin hiasan di dalam pejabatnya itu. Tangan yang luka tidak di endahkan. Darah yang mengalir pekat dibiarkan menitis. Hatinya kecewa. Perempuan yang disayanginya, meninggalkan dia tatkala mereka menghampiri mahligai bahagia. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Israk sendirian di pejabatnya. Dia termenung. Tangannya terasa kebas.
Pintu biliknya diketuk menyebabkan Israk tersentak. Masih ada orang di pejabat waktu-waktu begini? Pintu bilik terkuak. Wajah Suhani tersembul di sebalik daun pintu. Dia memandang Israk tanpa reaksi. Dilihatnya kaca bertaburan dan tangan lelaki kacak itu luka. Suhani menggeleng. Penyakit panas barannya kembali!
“Kenapa tak balik lagi?”soal Israk dengan suara perlahan. Dia bingkas bangun dan ingin keluar dari biliknya. Suhani menarik tangan Israk. Dibelek-belek tangan yang luka. Dia menarik lelaki itu supaya duduk di sofa. Dia keluar dari bilik tersebut. Selepas beberapa minit, Suhani kembali dengan membawa peti kecemasan dan sebesen kecil air. Tuala yang berada di genggaman dibasahkan dan darah yang separuh mengering itu di basuhnya.
“Sakitlah.”Israk menepis tangannya kasar.
“Tadi masa buat, tak sakit?”soal Suhani dengan nada sinis sambil tangannya cermat membalut tangan bos pujaan mereka itu.
“Kenapa Su tak balik lagi?”soalnya cuba berinteraksi dengan bekas kekasih hatinya itu.
“Datang nak ambil handphone. Tertinggal. Mengamuk dekat siapa pulak kali ni?”
“Su, tak tahu ke pasal Is tak jadi kahwin dua minggu lepas?”
“Tau. Marahkan perempuan tu, sampai buat macam ni?”
“Ya. Memang Is marah perempuan tu. Tapi, Is lagi sakit hati tengok Su sekarang ni. Su masih baik pada Is walaupun Is tinggalkan Su macam tu je.” Suhani tersenyum. Dipandang wajah lelaki yang pernah bertakhta di hatinya itu. Sampai sekarang lelaki itu masih ditempat pertama.
“Sepatutnya, saya yang sakit hati dengan encik Israk. Encik Israk tak pernah cakap yang encik Israk putus dengan saya. Tiba-tiba je dah nak kahwin. Hati mana yang tak sakit, encik Israk?”kata Suhani kemudian berlalu meninggalkan Israk sendirian. Tiada lagi senyuman yang mekar di bibir wanita itu untuknya walaupun sebagai pekerja dan majikan.
Suhani menangis di dalam kereta. Kenapa percintaannya dan Israk tidak kekal? Benarkah mereka tiada jodoh? Dia mengelap air mata apabila telefon bimbitnya berdering menandakan mesej baru telah masuk. Dia menekan butang agar membolehkan dia membaca pesanan itu.
-Su masih sayang Is?
-Kalau Su kata Su masih sayang sekalipun, Is tak mampu buat apa-apa.
-Su sudi kalau Is lamar Su jadi isteri Is?
-Tak..
-Kenapa?
-Luka yang Is tinggalkan masih belum kering.
-Su..
-Kenapa nak cari Su? Banyak perempuan yang Is boleh dapat.
-Sebab Is sayang Su sangat-sangat.
-Kalau sayang Is tak kan tinggal Su macam tu.
-I’m sorry. Su bagi Is peluang.
-Peluang apa?
-Peluang untuk Is rebut kembali cinta Su.
-Kalau Is mampu..
Mesej terakhir yang dikirim Suhani, membakar semangat Israk. ‘Is akan rebut balik cinta Su. Is tak mampu lupakan Su walau sesaat.’kata hati kecil Israk. Dia membuka surat yang pernah dikirim Suhani selepas dia mengkhabarkan dia bakal berkahwin. Israk membaca setiap kekecewaan Suhani.
Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Di kala itu engkaulah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri
Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan
Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu
Sia-sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncak nya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata…
Pagi itu, sesampai sahaja di pejabat, sepucuk surat sudah terletak kemas diatas mejanya. Suhani menggeleng. Ini pasti kerja Israk. Tak sangka kali ini Israk tidak main-main. Suhani membuka sampul surat merah itu dan membuka lipatan surat tersebut. Terus isinya di baca.
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Israk memandang Suhani dari pejabatnya. Suhani menyimpan surat itu di dalam laci mejanya. Israk tersenyum. Suhani masih cintakan dirinya walaupun hati gadis itu telah dilukai. Sekiranya dia berjaya menawan kembali hati Suhani, dia tidak akan mempersia-siakan gadis itu lagi.
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Suhani belum berganjak dari kerusinya. Tangannya ligat menulis sesuatu. Kemudian,dimasukkan kedalam sampul. Selepas siap berkemas, dia berjalan dihadapan bilik Israk kerana itulah satu-satunya jalan untuk pekerja syarikat itu keluar.
Melihat Suhani lalu di hadapan biliknya, Israk cepat-cepat membuka pintu dan menarik tangan Suhani supaya melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Ish.. Apa ni,encik Israk? Pegang-pegang orang.”marah Suhani sambil berusaha melepaskan tangannya daripada pegangan Israk yang menyakitkan itu.
“Su, Is lama tak tengok senyuman Su. Boleh tak Su senyum untuk Is?”
“Encik Israk ambil ni.”Suhani memberi surat pada Israk dan keluar dari bilik tersebut. Israk membaca isi kandungan surat itu. Dia kecewa.
Terlalu lama Su tunggu Is. Su tak pasti boleh terima Is atau tidak. Tetapi, Is harus tahu, dalam hati Su Is tetap yang pertama. Mungkin kita tak ada jodoh jadi lebih baik Is hentikan niat nak berbaik semula dengan Su. Bukan tak sudi tapi tak mampu.
Suhani memandu dengan tenang sekali tetapi fikirannya tidak tertumpu pada pemanduan. Dia teringatkan Israk. Dia harap Israk tidak lagi mengejarnya. Diantara mereka telah berakhir. Dia menghidupkan mp3 di telefon bimbitnya. Lagu ‘Without U’ daripada U-Kiss dipasangnya. Mulutnya terikut-ikut lagu tersebut.
Hatinya berasa sedikit tenang selepas dia ‘melepaskan’ Israk dari hatinya. ‘Israk bukan untuk aku. Israk bukan untuk Suhani.’ Tekadnya di dalam hati. Walaupun sakit, dia harus terima. Jika mereka benar berjodoh, dia terima dengan ikhlas. Tetapi jika hubungan mereka hanya sebagai majikan dan pekerja sahaja, dia juga terima dengan ikhlas.
“Mak dah terima pinangan untuk kamu. Kamu harus terima kerana mak dah setuju.”kata Puan Kasih melalui telefon.
“Iyalah, mak. Su ikut saja apa yang mak buat. Mungkin itu yang terbaik.”kata Suhani pasrah. Wajah ibunya jelas terbayang di ruang mata.
“Mak nak masak ni. Nanti mak pergi rumah kamu. Majlis buat kat rumah kamu je. Assalamualaikum.”Puan Kasih mematikan talian. Suhani tersandar di sofa. Dia memandang setiap penjuru rumah teresnya. ‘Majlis kahwin buat kat rumah aku yang kecik ni?” hatinya tertanya-tanya. Israk sudah tidak menelefon atau menghantar pesanan kepadanya. Kadang-kadang dia merasa rindu pada lelaki itu. Tapi, rasa itu dibiarkan berlalu.
Dia bangun menuju ke dapur. Perutnya sudah berkeroncong. Sudah tengahhari rupanya. Dia sendiri belum solat Zohor. Selepas makan, Suhani cepat-cepat menyelesaikan hutang diantara hamba dan Pencipta-Nya. Dia berdoa agar jodoh ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Hari perkahwin yang ditunggu oleh semua orang tetapi tidak bagi Suhani. Tiba-tiba dia merasa menyesal mengikut kata-kata emaknya agar menerima perkahwinan ini. Dia sedap hati. Dia yakin ada sesuatu yang dirahsiakan mengenai bakal suaminya ini.
Dia mendengar bunyi riuh di luar. Pastinya pengantin lelaki sudah sampai. Dia duduk dibirai katil dengan tenang walaupun hatinya gundah-gulana. Dengan satu lafaz, kini Suhani sah menjadi isteri orang. Pintu bilik di kuak. Pengantin lelaki menapak masuk ke bilik untuk pembatalan air sembahyang. Suhani hanya tertunduk. Tidak mahu menatap wajah si suami.
Selepas disarung cincin, Suhani mencium tangan suaminya penuh hormat. Si suami mencium kembali ubun-ubunnya. Kedua-dua belah pipinya juga dikucup penuh kasih. Wangian yang dipakai lelaki ini sangat familiar dengan deria bau Suhani. Tetapi, siapa yang gemar memakai wangian ini? Dia lupa.
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Suhani masih mencari kelibat suaminya. Apabila dia bertanya, semua orang mengelak. Malas untuk mencari dan menanti suaminya, Suhani melangkah ke kamar tidur. Dia memijak satu persatu anak tangga dengan longlai.
Sebaik sampai di bilik, terus baju tidur satin yang dihadiahkan Liza dicapainya. Baju tidur yang bertali kecil dan sedikit jarang itu diusung sehingga ke bilik mandi. Selesai mandi, dia berdiri dihadapan meja solek. Badannya susut benar berbanding setahun yang lalu sewaktu masih bersama Israk. Dia termenung panjang.
Tangan yang memegang bahunya tidak diendahkan kerana dia tahu itu pasti suaminya. Tangan itu melurut dan tangannya digenggam erat. Satu kucupan hinggap di leher Suhani. Bau ini. Ya!! Dia sudah tahu siapa yang gemar memakai wangian ini. Israk!! Serta-merta dia memanggungkan kepala.
Pandangan matanya bertentangan dengan pandangan mata Israk yang kini menjadi suaminya yang sah di dalam cermin. Bagai tidak percaya, Suhani berpaling dan menyentuh lembut wajah suaminya.
“Ya, sayang. Ini abang. Israk. Lelaki yang terlalu mencintai Suhani sehingga menyakiti hatinya.”kata Israk. Suhani menitiskan air mata. Ternyata jodohnya dengan Israk masih panjang. Terus lelaki itu di peluk erat. Israk mengusap lembut kepala isterinya. Dia sangat bersyukur. Akhirnya, niatnya untuk mencintai Suhani kali kedua kesampaian. Kali ini, hati isterinya akan dijaga sebaik-baiknya. Dia tidak ingin menyakiti wanita kesayangannya lagi.
“Kenapa abang buat semua ni?”tanya Suhani dengan linangan airmata.
“Abang sayang Su dan abang nak Su mengisi tahkta permaisuri dihati abang. Tak ada orang lain yang akan ambil Su dari abang. Tak ada orang yang akan menggugat kedudukan Su dalam hati abang.”balas Israk penuh keikhlasan sambil mengelap airmata wanita itu menggunakan tangannya..
Israk mencempung isterinya dan membawanya ke katil. Bibir wanita itu dikucup mesra. Suhani merangkul leher suaminya. Suhani dan Israk akhirnya bersatu walaupun Suhani sudah berputus asa dengan perasaannya pada Israk.
Setahun kemudian....
Suhani memegang pinggang yang terasa sakit. Tinggal beberapa minggu lagi dia akan melahirkan bayi sulungnya. Dia duduk di atas sofa untuk merehatkan badan. Israk datang dari arah dapur sambil membawa segelas susu untuk isteri tersayang. Suhani tersenyum.
“Nah. Minum sampai habis. Untuk baby. Bagi dia sihat.”kata Israk sewaktu gelas bertukar tangan. Suhani akur.
“Dan bagi jiwa baby penuh dengan kasih sayang macam mama dan papa dia.”kata Liza tiba-tiba. Suhani hanya tersenyum sambil memandang Israk. Liza duduk di sebelah kakak iparnya. Perut kakak iparnya diusap.
“Helo,baby. Ni mak su. Nama mak su Liza Hanina.”Liza bercakap-cakap dengan bayi di dalam kandungan Suhani. Israk dan Suhani tergelak kecil melihat gelagat Liza.
“Akak ingat lagi tak waktu akak baru mengandung?”soal Liza sambil tergelak. Suhani turut tergelak tetapi ditahan. Muka Israk mulai memerah. Israk menampar lengan adiknya. Suhani dan Liza terus ketawa. Kemudian Israk turut ketawa. Rasa geli hati pula…
Israk memuntahkan segala makanan yang terdapat di dalam perutnya. Perit rasa tekaknya. Suhani mengurut belakang suaminya. Selesai muntah, Suhani memimpin tangan Israk menuju ke katil. Israk tersandar di kepala katil. Letih rasanya.
“Abang ni. Orang lain yang mengandung orang lain yang mabuk.”kata Suhani pada suaminya. Israk memegang tangan isterinya.
“Kepala abang peninglah, sayang. Abang nak rehat sekejap.”kata Israk sambil membaringkan tubuh diatas tilam. Suhani menghela nafas panjang. Dia naik ke atas katil. Dia turut berbaring disisi suaminya. Israk memeluk isterinya. Mereka terlena.
~ TAMAT ~
- Si Penulis Cerpen -