About Me
- Su Elly
- Seorang yg minat bidang penulisan tetapi tak pandai guna bahasa yg berbunga2 n yg indah2.. Dan seorang yg suka 'memporak-perandakan' blog sendiri...
Sunday, 5 August 2012
Hello...Everyone...
Makin lama menulis disini, makin jatuh cinta pulak. itulah kuasa minat penulisan. hehehehe.... tapi, mkin lama idea 2 mkin hlang.. x tau dh nk wat pa.... tolong la.... bagu la idea untuk saya di e-mail ni:- junhyungsuria@yahoo.com
Cinta Program Semarak Kasih
Aiman
melihat Suraya dari jauh. Pelajar tingkatan lima. Dia pula penuntut UiTM Pulau
Pinang. Gadis itu tersenyum pada sahabatnya. Dari jauh tanganya sudah di
lambai. ‘Andai saja dia melambai kearah aku, pasti tanpa segan aku
membalas.’bisik hatinya sendirian. Aiman tersenyum sendirian.
“Hai,
Aiman. Suka dekat budak Suraya tu ke?”tegur Along atau nama sebenarnya Hafeez
iaitu ketua fasilitator untuk program Semarak Kasih yang ke-26 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Muda. Aiman hanya mampu menggeleng. Dia tersengih pada
Along.
“Ala
Aiman, apa salahnya kalau kau suka dia. Bukannya berbeza pun umur kau orang.
Dua tahun saja.” Kata Along lagi kemudian berlalu pergi.aiman memikirkan
kata-kata Along. ‘Tapi, dia nak ke kat aku?” Aiman segera berjalan ke surau
sebaik mendengar azan zohor berkumandang.
***********
Seusai
solat, Suraya menadah tangan kerana doa dibaca oleh Abang Shah. Dia begitu
tawaduk sekali. Setiap bait doa dihayati sungguhpun dia kurang memahami Bahasa
Arab. Selesai doa, dia mengaminkan doa. Dia segera menanggalkan telekung kerana
selepas itu mereka mempunyai beberapa lagi aktiviti. Sungguhpun penat tetapi
dia lebih suka seperti ini daripada orentasi asrama dulu. Memenatkan!!
“Su,
akak nak pergi tengok Nana kejap. Bagi tahu Kak Chik ye.”Pesan Najiha Sofea
padanya. Dia hanya mengangguk dengan senyuman. Sebaik bertemu Kak Chik segera
dia menyampaikan apa yang dipesan Najiha atau lebih mudah dipanggil Kak Jieha.
Kak Chik pula ialah ketua kumpulan mereka. Pelajar tingkatan empat yang bernama
Ainie Shaherah.
“Wei,aku
nak geng dengan kau orang tapi kak Nana nak aku stay. Aku tak boleh la nak stay
dengan kak Nana. Dia suka bebai.”adu Suraya pada Noora dan Syafa.
“Ala,
relax la. Kak Nana memang macam tu. Biar ja dia tu. Mentang-mentang form six
semua nak ikut dia je.”kata Noora. Syafa hanya mengangguk tanda setuju.
“Tapi
aku tak suka la. Apa yang aku buat semua tak kena. Ini salah itu salah.”adunya
lagi.
“Relax
ja. Lagipun nama kita kak-kak fasi dah ambik. Tak kan nak blah macam tu
je?”kata Syafa pula. Suraya akur. Dia tidak mahu menyusahkan Kak Jieha.
“Hurm..
Ya la.. Aku terima. Terima kasih sebab dengar luahan hati aku.”kata Suraya
sambil tersengih. Mereka bersenda gurau tanpa menghirau mata yang memandang.
*****************
Aiman
memandang tiga sahabat itu sambil tersenyum. Terhibur dengan keletah mereka.
Walaupun sudah berumur 17 tahun tetapi kelakuan mereka seperti kanak-kanak.
Kakinya ringan melangkah kearah mereka. Dia tekad.
“Hai,
adik-adik. Kau orang main apa ni?”tegur Aiman dalam gugup. Mereka terhenti
seketika. Mereka tersenyum malu-malu. Hanya Suraya yang menundukkan wajahnya.
“Tak
main apa pun. Kami main ‘wogel wogel’ yang abang Is ajar tadi. Sebelum zohor
tadi. Saja nak try.”balas Noora. Suraya dan Syafa mengangguk.
“Adik
nama apa?”soal Aiman pada Noora.
“Noora.
Noora Atikah.”balasnya. Aiman mengangguk.
“Adik?”soalannya
dituju kearah Syafa pula.
“Syafawani.
Orang panggil Syafa.”
“Adik
pula?”dia bertanya pada Suraya.
“Suraya.”jawab
Suraya ringkas. Aiman tersenyum. Ada idea nakal untuk mengenakan Suraya.
“Kenapa
muka adik merah? Malu dengan abang ek?”usik Aiman. Noora dan Syafa tersengih
seperti kerang busuk. Suraya semakin menunduk. Malu!! Segera dia menghadap
kehadapan. Malu untuk bersua muka dengan abang fasi-nya itu. Aiman,Noora dan
Syafa terkekeh-kekeh ketawa di belakang.
********
Hari
ini ialah hari terakhir mereka di dalam program ini. Perasaan sedih makin
bersarang dihati. Suraya memandang abang-abang dan kakak-kakak fasi-nya dari
jauh. Seorang demi seorang. ‘Kalau dia orang balik nanti, mesti sunyi.’bisik
hati kecilnya.
“Adik-adik,
hari ini kami lepaskan kamu pulang ke dunia kamu yang sebelum ni. Tapi, ingat
jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap cakap ibu bapa. Boleh adik-adik?”kata
Along.
“Boleh.”jerit
mereka beramai-ramai secara serentak.
“Perhatian.”kata
Along.
“Sedia.”jerit
mereka lagi.
“Sedia.”
“Haip.”
“Hebat
satu.”
“Wacha.”
“Hebat
dua.”
“Wacha,
wacha.”
“Hebat
tiga.”
“Wacha,wacha,haip.”
Mereka bertepuk tangan. Ada yang sudah menangis tersedu-sedan. Ada yang memeluk
erat kakak-kakak dan abang-abang fasi. Mereka seronok dapat berkenalan dengan
abang dan kakak UiTM.
Sebelum
mereka bertolak pulang, pelajar SMK Sri Muda sempat meminta nombor telefon dan
juga Facebook mereka.
“
Abang Aiman, nak fb.”kata Noora. Ramai pelajar yang berebut-rebut meminta
facebook Aiman. Aiman hanya mampu tersenyum. Kerana terlalu ramai, dia terpaksa
meminta tolong Shah untuk mengambil begnya. Sewaktu Suraya menyerahkan pen dan
buku, dia memandang Suraya dengan senyuman mengusik. Suraya terpaksa tersenyum
untuk menjaga hati abang fasinya itu. Selepas selesai, Suraya melangkah
meninggalkan tempat yang penuh sesak itu. Tapi, malang tidak berbau. Dia
ditolak dan terus ditolak sehingga terlanggar Aiman. Mujur Aiman menyambutnya.
Kalau tidak….
“Maaf,abang
Aiman.”kata Suraya dengan muka yang memerah. Aiman hanya tersenyum senang. Dia
membantu Suraya berdiri. Asakan demi asakan membuat mereka tersepit di ruang
yang kecil di tepi dinding. Aiman sengaja menghadap dinding untuk menulis.
Suraya berada betul-betul diantara tangan kanan dan tangan kirinya.
“Keluar
kejap lagi ek? Ramai ni.”kata Aiman tanpa memandang wajah Suraya yang kian
memerah. Apabila keadaan semakin elok, Suraya cepat-cepat ingin berlalu tetapi
Aiman menyambar tangannya.
“Kejap
Su. Ada something yang abang tak tulis dekat buku Su.”Aiman mengambil buku nota
Suraya dan menulis sesuatu. Selepas menulis, Aiman memulangkan buku tersebut
dan membisikkan sesuatu di telinga Suraya.
“Jangan
bagi pada orang lain tau. Eksklusif ni.”kemudian Aiman berlalu. Suraya masih
berdiri seperti patung cendana. Sebaik tersedar, dia memandang buku notanya.
Nombor telefon bimbit Aiman!!!
Suraya tersenyum sepanjang hari. Aiman
memandangnya dari atas bas. Aiman tersenyum penuh makna. Kali ini, Suraya
tersenyum dengan rela. Dia suka. Aiman melambai. Dia membuat flying kiss pada
Suraya. Suraya menyambutnya dalam diam. Dia tersenyum lagi.
************
-Salam,akak
Jieha. Sibuk tak?
Satu
mesej dihantar pada Najiha. Noora menunggu mesejnya dibalas.
-Wasalam.
Ada apa dik?
-tak
ada apa. Sja je. Akak cbuk tak mggu ni?
-hari
sbtu n ahad akak free. Knp?
-nak
ajak akak n akak2 n abg2 yg lain kluar mkn.
-Owh..yeke?tak
ssah kan adik2 ke?
-tak
ada la akak. Sudi tak? Hr sbtu ni.
-ok.tp
akak cba tnya abng n akak yg lain. 2 hari lagi akak konfemkan ye.
-ok
kak. Salam.
-Wasalam.
Noora
memberitahu pada kawan-kawannya yang lain. Mereka melompat dengan riang. Malam
itu mereka tidur dengan harapan.
********
2
HARI KEMUDIAN..
-salam
akak.mcm mna?
-wasalam.jadi
dik.rmai yang nk join.
-ye
ke?hehehe…best!
-hehe..ye
la tu…
-kita
jmpa dkat Sunway mall bleh tak akak?
-akak
ok je.
-set!
Hr sbtu ni.pkul 3.di sunway mall.
-ok..hehehe…akak
tunggu di panggung wayang.
-ok
akak..love u..nak study ni.bye.salam.
-wasalam.
Mereka
berbahgia. Tidak sabar menunggu hari sabtu.
*******
HARI
SABTU…
Dengan
menaiki bas rapid,mereka beramai-ramai menemui akak-akak dan abang-abang fasi
seperti yang di janjikan. Mereka berjalan dan kemudian singgah di KFC. Aiman
memandang Suraya dengan perasaan rindu. Dia memberi isyarat mata. Mereka berdua
meninggalkan ruang KFC tanpa ada yang sedar. Mereka berjalan beriringan.
“Kenapa
tak call or mesej abang?”soal Aiman. Suraya hanya menunduk. Aiman memandangnya.
“Nak
buat apa?”
“Su
nak abang jujur dengan Su ke kenapa abang bagi nombor abang pada Su?” Suraya
mengangguk.
“Sebab
abang cinta Su.”Aiman menjawab dengan jujur. Suraya masih menunduk.
“Su
sudi kahwin dengan abang?”soal Aiman lagi. Suraya tidak memberi respons.
“Su.”panggil
Aiman.
“Kalau
abang sudi tunggu Su.”kata Suraya kemudian berjalan kembali ke KFC.
“Yes.”Aiman
tersenyum.
****************
SELEPAS
SPM….
-salam,Su.
-Wasalam.
-Su
sihat?
-sihat.
Abg Aiman?
-sihat
.alhamdulillah. abg bahagia bla dh bertunang dgn Su. Su mcm mna?
-Su
pon bahagia.
-Lpas
abg ada duit,kita kahwin ye..tak kira la wak2 2 su dh hbis study ke blom.
-emm…su
ikot abg je..
-tahnks…
Suraya
tersenyum. Dipandang cincin tunangnya dengan perasaan berbunga.
************
3 TAHUN KEMUDIAN…
“Aku
terima nikahnya Nor Suraya binti Ahmad dengan mas kahwin tiga ratus ringgit
tunai.”lafaz Aiman dengan tenang. Mereka mengaminkan kesejahteraan pengantin
baru itu. Suraya tersenyum penuh bahagia. Dia tersenyum pada Aiman yang
memandangnya. Aiman bangun dan berjalan kearah Suraya dan tangan si isteri diraih.
Cincin di sarung di jari manis Suraya. Suraya mencium tangan Aiman dengan penuh
hormat. Kemudian, Aiman mencium dahi isterinya.
“Tahniah
Aiman, Su sebab Berjaya jadi pengantin baru hari ni. Semoga panjang umur dan di
murahkan rezeki. Along ucapkan Selamat pengantin baru. Cepat-cepat dapat baby
tau.”usik Along. Suraya hanya tersenyum malu. Aiman memeluk bahu isterinya.
Dengan selambanya, pipi isterinya dikucup manja dihadapan Along dan yang lain. Makin
memerah lah wajah Suraya.
Selepas
majlis akad nikah, Suraya dan Aiman terus ke lapangan terbang untuk berbulan
madu di Hokkaido. Along dengan rela hati menjadi pemandu mereka hari itu.
Sebaik kaki mereka melangkah ke imigresen, mereka melambai tangan dan
mengucapkan terima kasih kepada mereka yang lain…
“Terima
kasih semua. Sayang kau orang.”kata Aiman dan Suraya serentak. Kemudian, mereka
hilang disebalik orang ramai.. mereka yang lain pulang dengan mengucapkan
syukur atas perkahwinan kedua mempelai tadi.
~TAMAT~
2 Kali Cinta
Hati isteri mana yang tidak merana apabila
suami yang di sayangi meninggalkannya seorang diri dengan janin yang kian
membesar. Sakinah menangis tersedu-sedan. Kini rumah itu sunyi tanpa suara yang
sering memanggilnya dengan manja. Sunyi dengan suara serak basah suaminya yang
terjerit-jerit diluar memanggilnya membukakan pinti apabila malam menjelang.
Sakinah memandang setiap inci kamar tidurnya. Kenapa abang tinggalkan Kinah?
Hati perempuannya masih menangis. Hilang tempat mengadu. Hilang tempat bergantung.
Hilang tempat bermanja. Jiwanya meronta. Dia mahukan si suami. Sakinah menjerit
sekuat hati. Pintu bilik yang terkuak dari luar tidak diendahkan. Baru sebulan
mengecapi kebahagian, semua itu di ambil sekelip mata.
“Dah la, Kinah. Jeff dah tak ada dah dua
minggu. Redha la,Kinah.”kata Aisya kawannya. Sakinah menangis teresak-esak.
“Aku kehilangan orang yang aku sayang dalam
satu masa,Sya. Macam mana aku nak kuat,Sya?”Sakinah meraung. Tiba-tiba dia
pengsan. Aisya kaget!
**************
“Abang tak payah pergi la. Sayang takut jadi
apa-apa kat abang. Abang tak kesian kat anak kita?”Sakinah memeluk suaminya
yang sudah bersiap untuk berangkat ke Indonesia. Jeffry tersenyum mendengarnya.
Dia memeluk isterinya erat.
“Tak ada apa-apa la,sayang. Abang akan balik
lagi dua minggu lagi.”kata Jeffry sambil meleraikan pelukan dan memegang perut
isterinya.
“Papa akan balik dua minggu lagi. Jaga ,mama
elok-elok. Jangan bagi mama sedih tau. Bye, sayang.”kata Jeffry sambil mencium
perut Sakinah. Lama. Seolah-olah dia tak akan berjumpa lagi mereka berdua.
Hatinya terlalu merindui Sakinah. Entah kenapa. Jeffry melangkah pergi sebaik
tangan Sakinah melepaskan tangannya.
Malam itu, Sakinah menonton televisyen seperti
biasa seusai solat Maghrib. Berita yang disiarkan menyentap tangkai jantungnya.
Kapal terbang Malaysia Airlines terhempas petang tadi! Pesawat yang dinaiki
Jeffry! Tiba-tiba telefon rumahnya berdering.
“Helo. Ya saya. Apa?” Sakinah terduduk.
Ibubapanya kemalangan kerana memandu dalam keadaan mengantuk. Hatinya pilu.
Suami, ibu, ayah.. dia kehilangan semuanya dalam satu masa. Serentak!
***********
Dia terkejut jaga dari tidurnya. Ya Allah,
mimpi ni berulang lagi,detik hati kecilnya. Melihat dirinya yang masih
bertelekung, dia segera berdiri menanggalkan telekung tersebut dan berlalu
kebilik air. Sebaik keluar dari kamar mandi, dia menyarung semula telekung. Dia
menunaikan solat sunat taubat. Dia telah banyak berdosa. Dia telah menolak
qada’ dan qadar Allah sewaktu menerima berita kematian Jeffry dan orang tuanya.
Selesai solat dia menadah tangan memohon ampun.
“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini.
Aku telah banyak berdosa, Ya Allah. Engkau berkatilah kehidupanku,ibadahku,ya
Allah. Ya Allah, Engkau tempatkanlah roh suamiku dan orang tuaku di tempat
orang-orang yang beramal soleh. Engkau jauhkanlah mereka daripada siksaan kubur
dan api neraka,ya Allah. Aku mohon,ya Allah. Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,
Engkau tetapkanlah hatiku setelah Engkau memberi hidayah kepadaku. Janganlah
Engkau berikan aku dugaan yang tidak mampu aku menghadapinya,ya Allah. Amin.”
Selesai doa, telefon bimbitnya berdering nyaring.
“Helo, Assalamualaikum.”kata Sakinah memula
bicara.
“Waalaikumussalam,Kinah. Ganggu ke?”kata orang
seberang.
“Tak. Kenapa?”soal Sakinah lagi.
“Is dah masuk meminang Kinah petang tadi. Mak
su Kinah terima.”
“Kinah tau. Mak su telefon lepas Is balik.”
“Oh…okey la. Is nak tido. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Sakinah mematikan talian.
Dia tersenyum. Tak sangka lelaki tersebut benar-benar meminangnya.
******************
Iskandar tersenyum panjang. Hatinya berbunga
bahagia. Sakinah bakal menjadi miliknya. Cintanya pada janda tersebut
benar-benar mekar. Walaupun Sakinah janda, dia masih cantik seperti anak dara.
Lepas ni, kita hidup berdua pulak. Kata hati lelakinya.
Iskandar bangun dari pembaringannya. Dia
menuju ke meja kerja di hujung katil. Dia menghidupkan komputer ribanya. Gambar
Sakinah yang manis bertudung itu ditatap lama. Andai saja Sakinah berada di
depan mata, pasti dipeluk erat. Astahgfirullahal’azim!!!! Iskandar meraup muka.
Godaan syaitan semata-mata.
Segera dia mematikan benda alah itu dan menuju
ke pulau mimpi. Dia memanjat katil dan merebahkan badan. Akhirnya, dia
terlelap.
*********
DUA BULAN KEMUDIAN…
“Aku terima nikahnya Siti Sakinah binti
Abdullah dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus ringgit tunai,” Iskandar melafaz
dengan lancar. Semua orang tersenyum senang termasuk Sakinah. Dia melutut dihadapan Sakinah dan jari jemari
mereka bersentuhan tatkala Iskandar mahu menyarungkan cincin. Sakinah menyalami
suaminya selepas selesai menyarung cincin. Iskandar mencium dahi isterinya.
Majlis yang serba ringkas itu berakhir dengan
lancar. Sakinah sentiasa disisi suaminya. Tangan mereka sentiasa melekat antara
satu sama lain sehingga ada yang mengusik dua mempelai itu. Apabila malam
menjelang, mereka yang sudah letih itu terus menuju ke kamar. Mereka bersolat
Isyak berjemaah. Selesai solat, Sakinah membuka telekung dan melipat sejadah.
Iskandar duduk dibirai katil sambil memandang Sakinah yang masih berjubah ungu
muda itu.
“Kinah tak nak mandi?”soal Iskandar apabila
Sakinah duduk di sampingnya. Sakinah memandang Iskandar dengan pandangan
seorang isteri.
“Abang tak nak mandi?”soal Sakinah pula.
Iskandar tersenyum seraya mengangguk. Tangannya mencapai tangan Sakinah. Sakinah
membiarkan perilaku si suami.
“Sayang mandi dengan abang?” soal Iskandar
dengan niat mengusik. Sakinah tersenyum.
“Kalau itu yang boleh buat abang bahagia
dengan Kinah.”Sakinah memandang Iskandar yang memandangnya dengan wajah tidak
percaya. Iskandar tersenyum. Rezeki jangan di tolak. Dia menarik Sakinah ke
bilik air. Kelibat mereka hilang disebalik kamar mandi tersebut. Terdengar tawa
mereka berdua.
Selesai
mandi, sakinah menyarungkan baju tidur berwarna biru laut kegemaran Jeffry.
‘Kinah mintak abang restui perkahwinan Kinah dengan Is. Semoga baju ni boleh
buat Kinah lupakan masa lalu.’kata Sakinah seolah-olah bercakap dengan Jeffry.
Anaknya dengan Jeffry kini tinggal bersama Aisya dan Hamdan,suaminya. Laila
namanya!
Iskandar memegang bahu Sakinah yang terdedah.
Dada Sakinah berombak kencang. Iskandar memeluk pinggangnya. Iskandar membawa
tubuh Sakinah ke katil. Lampu kamar dipadam. Kedua-duanya hanyut…
***********
Sepuluh
bulan kemudian…
Sakinah melahirkan seorang bayi perempuan yang
comel. Laila tersenyum menerima adik baru. Iskandar tersenyum. Namun, tiba-tiba
hatinya sebak. Isterinya telah tiada. Sakinah meninggalkan dua orang puteri
untuknya. Dan dia berjanji untuk menjaga puteri mereka itu sebaik mungkin.
************
“Macam mana dengan isteri dan anak saya
doktor?”soal Iskandar dengan muka gabra apabila seorang perempuan berjalan
keluar adari dewan bedah.
“Anak encik selamat cuma isteri encik saja
yang masih bertarung nyawa.”soal doktor tersebut dengan tenang. Iskandar
keliru.
“Maksudnya?”
“Encik tak tahu puan Sakinah ada kanser rahim?”soal
doktor tersebut. Iskandar menggeleng.
“Kami dah minta puan Sakinah untuk buang rahim
dia tapi dia tak nak. Dia kata ini satu-satunya kenangan untuk encik.”sambung
doktor itu lagi. Iskandar terduduk.
“Saya nak mintak persetujuan encik untuk
menjalankan pembedahan keatas puan Sakinah.” Iskandar terpaksa bersetuju.
SELEPAS BEBERAPA JAM…
“Kami mintak maaf. Kami dah cuba sedaya
upaya.”kata doktor tersebut pada Iskandar. Airmata lelakinya menitis jua.
‘Kenapa Kinah tinggal abang?’ dia menangis sambil memeluk Laila. Anak kecil itu
tidak tahu apa-apa tetapi air matanya turut bergenang. Iskandar redha! Dua
puteri pengganti kerinduannya terhadap Sakinah.
~TAMAT~
Sunday, 3 June 2012
Dream High
*Dream high*
Saya berangan-angan tinggi.
Saya ada impian.
Bila saya rasa susah untuk menggapainya,
Saya pejamkan mata,
Sambil berkata,
“ Impian ku akan menjadi satu
kenyataan”
Saya bangun dan teruskan.
Saya tahu saya kan menghadapi
kesukaran.
Saya takut untuk terbang kerana takut
jatuh
Macam anak burung yang baru lahir.
Saya terus bertanya adakah saya mampu
lakukan ini
Dan adakah impian saya akan tercapai?
Namun begitu,
Saya tetap mengatur langkah demi
langkah
Namun, ketakutan itu kembali.
Saya berangan-angan tinggi.
Saya ada impian.
Bila saya rasa susah untuk menggapainya,
Saya pejamkan mata,
Sambil berkata,
“ Impian ku akan menjadi satu
kenyataan”
Saya bangun dan teruskan.
Saya percaya saya boleh terbang tinggi
di langit…
Suatu hari nanti…
Saya lebarkan sayap dan terbang lebih
tinggi
daripada orang lain.
Saya perlukan seseorang untuk saya
bangkit,
Gilap bakat saya,
Dan memerlukan pertolongan
untuk membuat saya melompat semula.
Percayakan diri dan takdir.
Hadapi segala cabaran.
Dan melompat melebihi dinding
yang lebih tinggi dari diri saya.
Saya berangan-angan tinggi.
Saya ada impian.
Bila saya rasa susah untuk menggapainya,
Saya pejamkan mata,
Sambil berkata,
“ Impian ku akan menjadi satu
kenyataan”
Saya bangun dan teruskan.
Saya percaya saya boleh terbang tinggi
di langit…
Suatu hari nanti…
Saya lebarkan sayap dan terbang lebih
tinggi
daripada orang lain.
Berangan-angan tinggi..
Ialah peluang unruk terbang lebih
tinggi.
Mulai sekarang,
Selamat tinggal segala kesakitan dan
kepayahan.
Cuba dan terbang tinggi seperti bintang
di langit.
Lihat pada impian,
Ini adalah masa untuk Berjaya.
Ia bermula dan saya akan pastikan
kejayaan milik saya.
Jangan takut merancang masa depan.
Berjalanlah dengan yakin berteraskan
kesungguhan.
Takdir ialah ketentuan kita.
Takdir tanpa henti berpisah di depan
kita.
Sekarang ialah fantasi yang baru.
Dan gapai tanganku kerana perjuangan
kita adalah sama.
Jangan berputus asa dengan impian dan
masa depan.
Semua disini penuh dengan kekuatan
tenaga muda.
Saya berangan-angan tinggi.
Saya ada impian.
Bila saya rasa susah untuk menggapainya,
Saya pejamkan mata,
Sambil berkata,
“ Impian ku akan menjadi satu
kenyataan”
Saya bangun dan teruskan.
Saya percaya saya boleh terbang tinggi
di langit…
Suatu hari nanti…
Saya lebarkan sayap dan terbang lebih
tinggi
daripada orang lain.
Friday, 1 June 2012
Best....
SYOKNYA KALAU…
BEAST says to me,
:- U r our Beautiful
and I Like You The Best
SUPER JUNIOR says to me,
:- We want to Marry U because U
r our Miracle
BOYFRIEND says to me,
:-We want to be your Boyfriend
INFINITE says to me,
:- Hey, Can
U Smile? And Be
Mine
CN BLUE says to me,
:- I’m A
Loner. So, U must be our L.O.V.E Girl
FT Island says to me,
:- We Loving
You and u r our Heaven
TVXQ says to me,
Let’s go riding Balloons together and we want to Hug u
F4 says to me,
Senior Gun Jun Pyo:- U r My Everything
Senior Soo Yi Jung:- and I’m Going
To Meet You.
Senior Yoon JiHo:- We together Making A Love
Senior Song Woo Bin:- and Say Yes
Thursday, 31 May 2012
Don't Love Me
Jae
Jin dan Su Eun bahagia bersama. Namun, sesuatu telah berlaku menyebabkan Su Eun
membuat keputusan untuk berpisah dengan Jae Jin.
Title:- Don’t Love Me
Actors and Actress:- Jae Jin(FT Island) as Jae Jin
:- Eun
Jung(T-Ara) as Su Eun
:- Sulli(F(x)) as
Sulli
:- Min Hwan(FT
Island) as Min Hwan
“
Lepas ni jangan cari saya lagi,” kata Su Eun pada Jae Jin sambil menyerahkan cincin
yang diberi oleh Jae Jin. Jae Jin hanya tertunduk. Su Eun berpaling dan
berjalan meninggalkan Jae Jin. Air matanya mengalir laju dan dia cuba menahan
esak tangisnya. Jae Jin memandang Su Eun sehingga hilang dari pandangan.
‘Kenapa awak buat saya macam ni Su Eun?’ Mencintai memang menyakitkan. Air mata
Jae Jin menitis jua. Kali pertama dia menangis untuk perempuan.
Su
Eun menangis sepuasnya sebaik kakinya melangkah ke dalam rumah. Sahabat
baiknya, Sulli menenangkannya.
“
Sudah la, Su Eun. Kau yang buat keputusan ni.”
“
Aku sedih tengok dia menangis. Kenapa semuanya jadi macam ni,Sulli? Apa salah aku?” raung Su Eun.
SETAHUN
KEMUDIAN…
Jae
Jin kini berjaya sebagai member dan vokalis kedua FT Island. Namun cintanya
pada Su Eun tidak pernah padam. Hatinya sentiasa tertanya-tanya, apa khabar Su
Eun sekarang. Dia menatap gambar Su Eun
yang telah sekian lama berada di dalam dompetnya. “ Hyung, cepat la. Dah
nak perform ni,” panggil Min Hwan. Jae Jin mengangguk. Gambar Su Eun kembali
disimpan.
“Lagu
ni saya tujukan khas buat seseorang yang bertakta di hati kawan saya dan
selamanya dia akan berada di hati kawan saya.” Hong Ki menyanyikan lagu ‘Don’t
Love’.
Kebetulan
Su Eun sedang menonton persembahan yang disiarkan secara langsung itu dirumah.
Dia menangis sendirian manakala Jae Jin menangis sambil bermain bass diatas
pentas. Su Eun menangis teresak-esak dan
tiba-tiba dia memegang kepalanya. Sakit… Su Eun memanggil Sulli. Sulli
membawanya ke hospital.
SEMINGGU
KEMUDIAN…
“
Jae Jin,” jerit Sulli. Jae Jin berpaling dan tergamam.
“Kau
buat apa kat sini?” tanya Jae Jin.
“
Aku sekarang ni member f(x).” balas Sulli.
“Oh
ya. Ada orang bagi surat ni kat kau. Baca tau.” Pesan Sulli sebelum berlalu.
Jae
Jin diatas bumbung bangunan FnC dan perlahan-lahan membuka dan membaca surat
tersebut
Dear
Jae Jin,
Sebelum
berbicara lebih lanjut, saya nak awak senyum dulu untuk saya . Senyuman yang
terakhir. Mianhae, Jae Jin. Saya tahu saya ego. Saya tak pentingkan perasaan
awak tapi percayalah semua tu hanya untuk kebaikan awak. Saya menghidap kanser
otak. Saya tak dapat hidup lama jadi saya ambil keputusan untuk berpisah dengan
awak. Harap awak dapat maafkan saya.
Yang mencintaimu,
Su Eun
Jae
Jin menangis teresak-esak. Dia mencari Sulli. Apabila bertemu Jae Jin terus
menarik Sulli ke atas bumbung.
“
Aku nak jumpa Su Eun,” jerit Jae Jin sambil mencekak kolar baju Sulli. Sulli
memandang kearah lain dan berkata, “ kau tak kan pernah jumpa dia lagi.”
“
Kenapa? Dia dah pindah ke? Ke mana? Bagitau aku, Sulli.” Jae Jin memegang bahu
Sulli. Sulli mengangkat tangan dan perlahan-lahan menunjuk kearah langait. Jae
Jin kebingungan.
“
Apa maksud kau, Sulli?’ tanta Jae Jin. Sulli menangis tersedu-sedan.
“
Su Eun dah tak ada. Dia dah tak ada.” Jae Jin melepaskan bahu Sulli. Dia
terganjak beberapa tapak ke belakang dan terduduk. Jae Jin menangis lagi. ‘
Kenapa awak buat saya macam ni, Su Eun? Awak tinggalkan saya sedangkan awak dah
janji tak akan tinggalkan saya.’
Sulli
duduk berhampiran Jae Jin dan menceritakan segalanya.
“
Kau ingat tak hari dia berpisah dengan kau?” tanya Sulli. Jae Jin mengangguk.
Selepas mendengar kata-kata Sulli, Jae Jin terus menangis.
BEBERAPA
TAHUN KEMUDIAN…
Kini,
setiap tahun Jae Jin akan menziarahi
kubur Su Eun. Tidak kiralah birthday-nya,birthday Su Eun atau apa saja
hari istimewa mereka berdua. Dan setiap kali ke sana, Jae Jin akan merasakan Su
Eun di sisinya.
PADA
HARI SU EUN BERPISAH DENGAN JAE JIN…
Dia
terduduk sebaik mendapat keputusan ujian pemeriksaan yang dilakukan keatasnya
beberapa hari yang lalu kerana sakit kepala. Kanser otak? ‘Jae Jin tak patut
tahu pasal ni.’ Tekadnya. Dia menelefon Sulli dan memberitahu segalanya dengan
tenang. Sebaik keluar dari hospital Su Eun terus menemui Jae Jin. Dia mengeluarkan
cincinyang selama ini tersemat cantik dijarinya. Dan berkata…
~TAMAT~
Actors n Actress
Subscribe to:
Posts (Atom)