WELCOME TO MY WRITING WORLD

Selamat Datang.... Su Elly harap pembaca dapat memberikan komen-komen yang baik..

About Me

My photo
Seorang yg minat bidang penulisan tetapi tak pandai guna bahasa yg berbunga2 n yg indah2.. Dan seorang yg suka 'memporak-perandakan' blog sendiri...

Sunday, 5 August 2012

Hello...Everyone...

Makin lama menulis disini, makin jatuh cinta pulak. itulah kuasa minat penulisan. hehehehe.... tapi, mkin lama idea 2 mkin hlang.. x tau dh nk wat pa.... tolong la.... bagu la idea untuk saya di e-mail ni:- junhyungsuria@yahoo.com

Cinta Program Semarak Kasih


Aiman melihat Suraya dari jauh. Pelajar tingkatan lima. Dia pula penuntut UiTM Pulau Pinang. Gadis itu tersenyum pada sahabatnya. Dari jauh tanganya sudah di lambai. ‘Andai saja dia melambai kearah aku, pasti tanpa segan aku membalas.’bisik hatinya sendirian. Aiman tersenyum sendirian.

“Hai, Aiman. Suka dekat budak Suraya tu ke?”tegur Along atau nama sebenarnya Hafeez iaitu ketua fasilitator untuk program Semarak Kasih yang ke-26 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda. Aiman hanya mampu menggeleng. Dia tersengih pada Along.

“Ala Aiman, apa salahnya kalau kau suka dia. Bukannya berbeza pun umur kau orang. Dua tahun saja.” Kata Along lagi kemudian berlalu pergi.aiman memikirkan kata-kata Along. ‘Tapi, dia nak ke kat aku?” Aiman segera berjalan ke surau sebaik mendengar azan zohor berkumandang.

***********

Seusai solat, Suraya menadah tangan kerana doa dibaca oleh Abang Shah. Dia begitu tawaduk sekali. Setiap bait doa dihayati sungguhpun dia kurang memahami Bahasa Arab. Selesai doa, dia mengaminkan doa. Dia segera menanggalkan telekung kerana selepas itu mereka mempunyai beberapa lagi aktiviti. Sungguhpun penat tetapi dia lebih suka seperti ini daripada orentasi asrama dulu. Memenatkan!!

“Su, akak nak pergi tengok Nana kejap. Bagi tahu Kak Chik ye.”Pesan Najiha Sofea padanya. Dia hanya mengangguk dengan senyuman. Sebaik bertemu Kak Chik segera dia menyampaikan apa yang dipesan Najiha atau lebih mudah dipanggil Kak Jieha. Kak Chik pula ialah ketua kumpulan mereka. Pelajar tingkatan empat yang bernama Ainie Shaherah.

“Wei,aku nak geng dengan kau orang tapi kak Nana nak aku stay. Aku tak boleh la nak stay dengan kak Nana. Dia suka bebai.”adu Suraya pada Noora dan Syafa.

“Ala, relax la. Kak Nana memang macam tu. Biar ja dia tu. Mentang-mentang form six semua nak ikut dia je.”kata Noora. Syafa hanya mengangguk tanda setuju.

“Tapi aku tak suka la. Apa yang aku buat semua tak kena. Ini salah itu salah.”adunya lagi.

“Relax ja. Lagipun nama kita kak-kak fasi dah ambik. Tak kan nak blah macam tu je?”kata Syafa pula. Suraya akur. Dia tidak mahu menyusahkan Kak Jieha.

“Hurm.. Ya la.. Aku terima. Terima kasih sebab dengar luahan hati aku.”kata Suraya sambil tersengih. Mereka bersenda gurau tanpa menghirau mata yang memandang.

*****************

Aiman memandang tiga sahabat itu sambil tersenyum. Terhibur dengan keletah mereka. Walaupun sudah berumur 17 tahun tetapi kelakuan mereka seperti kanak-kanak. Kakinya ringan melangkah kearah mereka. Dia tekad.

“Hai, adik-adik. Kau orang main apa ni?”tegur Aiman dalam gugup. Mereka terhenti seketika. Mereka tersenyum malu-malu. Hanya Suraya yang menundukkan wajahnya.

“Tak main apa pun. Kami main ‘wogel wogel’ yang abang Is ajar tadi. Sebelum zohor tadi. Saja nak try.”balas Noora. Suraya dan Syafa mengangguk.

“Adik nama apa?”soal Aiman pada Noora.

“Noora. Noora Atikah.”balasnya. Aiman mengangguk.

“Adik?”soalannya dituju kearah Syafa pula.

“Syafawani. Orang panggil Syafa.”

“Adik pula?”dia bertanya pada Suraya.

“Suraya.”jawab Suraya ringkas. Aiman tersenyum. Ada idea nakal untuk mengenakan Suraya.

“Kenapa muka adik merah? Malu dengan abang ek?”usik Aiman. Noora dan Syafa tersengih seperti kerang busuk. Suraya semakin menunduk. Malu!! Segera dia menghadap kehadapan. Malu untuk bersua muka dengan abang fasi-nya itu. Aiman,Noora dan Syafa terkekeh-kekeh ketawa di belakang.

********

Hari ini ialah hari terakhir mereka di dalam program ini. Perasaan sedih makin bersarang dihati. Suraya memandang abang-abang dan kakak-kakak fasi-nya dari jauh. Seorang demi seorang. ‘Kalau dia orang balik nanti, mesti sunyi.’bisik hati kecilnya.

“Adik-adik, hari ini kami lepaskan kamu pulang ke dunia kamu yang sebelum ni. Tapi, ingat jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap cakap ibu bapa. Boleh adik-adik?”kata Along.

“Boleh.”jerit mereka beramai-ramai secara serentak.

“Perhatian.”kata Along.

“Sedia.”jerit mereka lagi.

“Sedia.”

“Haip.”

“Hebat satu.”

“Wacha.”

“Hebat dua.”

“Wacha, wacha.”

“Hebat tiga.”

“Wacha,wacha,haip.” Mereka bertepuk tangan. Ada yang sudah menangis tersedu-sedan. Ada yang memeluk erat kakak-kakak dan abang-abang fasi. Mereka seronok dapat berkenalan dengan abang dan kakak UiTM.

Sebelum mereka bertolak pulang, pelajar SMK Sri Muda sempat meminta nombor telefon dan juga Facebook mereka.

“ Abang Aiman, nak fb.”kata Noora. Ramai pelajar yang berebut-rebut meminta facebook Aiman. Aiman hanya mampu tersenyum. Kerana terlalu ramai, dia terpaksa meminta tolong Shah untuk mengambil begnya. Sewaktu Suraya menyerahkan pen dan buku, dia memandang Suraya dengan senyuman mengusik. Suraya terpaksa tersenyum untuk menjaga hati abang fasinya itu. Selepas selesai, Suraya melangkah meninggalkan tempat yang penuh sesak itu. Tapi, malang tidak berbau. Dia ditolak dan terus ditolak sehingga terlanggar Aiman. Mujur Aiman menyambutnya. Kalau tidak….

“Maaf,abang Aiman.”kata Suraya dengan muka yang memerah. Aiman hanya tersenyum senang. Dia membantu Suraya berdiri. Asakan demi asakan membuat mereka tersepit di ruang yang kecil di tepi dinding. Aiman sengaja menghadap dinding untuk menulis. Suraya berada betul-betul diantara tangan kanan dan tangan kirinya.

“Keluar kejap lagi ek? Ramai ni.”kata Aiman tanpa memandang wajah Suraya yang kian memerah. Apabila keadaan semakin elok, Suraya cepat-cepat ingin berlalu tetapi Aiman menyambar tangannya.

“Kejap Su. Ada something yang abang tak tulis dekat buku Su.”Aiman mengambil buku nota Suraya dan menulis sesuatu. Selepas menulis, Aiman memulangkan buku tersebut dan membisikkan sesuatu di telinga Suraya.

“Jangan bagi pada orang lain tau. Eksklusif ni.”kemudian Aiman berlalu. Suraya masih berdiri seperti patung cendana. Sebaik tersedar, dia memandang buku notanya. Nombor telefon bimbit Aiman!!!

 Suraya tersenyum sepanjang hari. Aiman memandangnya dari atas bas. Aiman tersenyum penuh makna. Kali ini, Suraya tersenyum dengan rela. Dia suka. Aiman melambai. Dia membuat flying kiss pada Suraya. Suraya menyambutnya dalam diam. Dia tersenyum lagi.

************

-Salam,akak Jieha. Sibuk tak?

Satu mesej dihantar pada Najiha. Noora menunggu mesejnya dibalas.

-Wasalam. Ada apa dik?

-tak ada apa. Sja je. Akak cbuk tak mggu ni?

-hari sbtu n ahad akak free. Knp?

-nak ajak akak n akak2 n abg2 yg lain kluar mkn.

-Owh..yeke?tak ssah kan adik2 ke?

-tak ada la akak. Sudi tak? Hr sbtu ni.

-ok.tp akak cba tnya abng n akak yg lain. 2 hari lagi akak konfemkan ye.

-ok kak. Salam.

-Wasalam.

Noora memberitahu pada kawan-kawannya yang lain. Mereka melompat dengan riang. Malam itu mereka tidur dengan harapan.

********

2 HARI KEMUDIAN..

-salam akak.mcm mna?

-wasalam.jadi dik.rmai yang nk join.

-ye ke?hehehe…best!

-hehe..ye la tu…

-kita jmpa dkat Sunway mall bleh tak akak?

-akak ok je.

-set! Hr sbtu ni.pkul 3.di sunway mall.

-ok..hehehe…akak tunggu di panggung wayang.

-ok akak..love u..nak study ni.bye.salam.

-wasalam.

Mereka berbahgia. Tidak sabar menunggu hari sabtu.

*******

HARI SABTU…

Dengan menaiki bas rapid,mereka beramai-ramai menemui akak-akak dan abang-abang fasi seperti yang di janjikan. Mereka berjalan dan kemudian singgah di KFC. Aiman memandang Suraya dengan perasaan rindu. Dia memberi isyarat mata. Mereka berdua meninggalkan ruang KFC tanpa ada yang sedar. Mereka berjalan beriringan.

“Kenapa tak call or mesej abang?”soal Aiman. Suraya hanya menunduk. Aiman memandangnya.

“Nak buat apa?”

“Su nak abang jujur dengan Su ke kenapa abang bagi nombor abang pada Su?” Suraya mengangguk.

“Sebab abang cinta Su.”Aiman menjawab dengan jujur. Suraya masih menunduk.

“Su sudi kahwin dengan abang?”soal Aiman lagi. Suraya tidak memberi respons.

“Su.”panggil Aiman.

“Kalau abang sudi tunggu Su.”kata Suraya kemudian berjalan kembali ke KFC.

“Yes.”Aiman tersenyum.

****************

SELEPAS SPM….

-salam,Su.

-Wasalam.

-Su sihat?

-sihat. Abg Aiman?

-sihat .alhamdulillah. abg bahagia bla dh bertunang dgn Su. Su mcm mna?

-Su pon bahagia.

-Lpas abg ada duit,kita kahwin ye..tak kira la wak2 2 su dh hbis study ke blom.

-emm…su ikot abg je..

-tahnks…

Suraya tersenyum. Dipandang cincin tunangnya dengan perasaan berbunga.

************

 3 TAHUN KEMUDIAN…

“Aku terima nikahnya Nor Suraya binti Ahmad dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai.”lafaz Aiman dengan tenang. Mereka mengaminkan kesejahteraan pengantin baru itu. Suraya tersenyum penuh bahagia. Dia tersenyum pada Aiman yang memandangnya. Aiman bangun dan berjalan kearah Suraya dan tangan si isteri diraih. Cincin di sarung di jari manis Suraya. Suraya mencium tangan Aiman dengan penuh hormat. Kemudian, Aiman mencium dahi isterinya.

“Tahniah Aiman, Su sebab Berjaya jadi pengantin baru hari ni. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Along ucapkan Selamat pengantin baru. Cepat-cepat dapat baby tau.”usik Along. Suraya hanya tersenyum malu. Aiman memeluk bahu isterinya. Dengan selambanya, pipi isterinya dikucup manja dihadapan Along dan yang lain. Makin memerah lah wajah Suraya.

Selepas majlis akad nikah, Suraya dan Aiman terus ke lapangan terbang untuk berbulan madu di Hokkaido. Along dengan rela hati menjadi pemandu mereka hari itu. Sebaik kaki mereka melangkah ke imigresen, mereka melambai tangan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang lain…

“Terima kasih semua. Sayang kau orang.”kata Aiman dan Suraya serentak. Kemudian, mereka hilang disebalik orang ramai.. mereka yang lain pulang dengan mengucapkan syukur atas perkahwinan kedua mempelai tadi.

~TAMAT~


2 Kali Cinta


Hati isteri mana yang tidak merana apabila suami yang di sayangi meninggalkannya seorang diri dengan janin yang kian membesar. Sakinah menangis tersedu-sedan. Kini rumah itu sunyi tanpa suara yang sering memanggilnya dengan manja. Sunyi dengan suara serak basah suaminya yang terjerit-jerit diluar memanggilnya membukakan pinti apabila malam menjelang. Sakinah memandang setiap inci kamar tidurnya. Kenapa abang tinggalkan Kinah? Hati perempuannya masih menangis. Hilang tempat mengadu. Hilang tempat bergantung. Hilang tempat bermanja. Jiwanya meronta. Dia mahukan si suami. Sakinah menjerit sekuat hati. Pintu bilik yang terkuak dari luar tidak diendahkan. Baru sebulan mengecapi kebahagian, semua itu di ambil sekelip mata.

“Dah la, Kinah. Jeff dah tak ada dah dua minggu. Redha la,Kinah.”kata Aisya kawannya. Sakinah menangis teresak-esak.

“Aku kehilangan orang yang aku sayang dalam satu masa,Sya. Macam mana aku nak kuat,Sya?”Sakinah meraung. Tiba-tiba dia pengsan. Aisya kaget!

**************

“Abang tak payah pergi la. Sayang takut jadi apa-apa kat abang. Abang tak kesian kat anak kita?”Sakinah memeluk suaminya yang sudah bersiap untuk berangkat ke Indonesia. Jeffry tersenyum mendengarnya. Dia memeluk isterinya erat.

“Tak ada apa-apa la,sayang. Abang akan balik lagi dua minggu lagi.”kata Jeffry sambil meleraikan pelukan dan memegang perut isterinya.

“Papa akan balik dua minggu lagi. Jaga ,mama elok-elok. Jangan bagi mama sedih tau. Bye, sayang.”kata Jeffry sambil mencium perut Sakinah. Lama. Seolah-olah dia tak akan berjumpa lagi mereka berdua. Hatinya terlalu merindui Sakinah. Entah kenapa. Jeffry melangkah pergi sebaik tangan Sakinah melepaskan tangannya.

Malam itu, Sakinah menonton televisyen seperti biasa seusai solat Maghrib. Berita yang disiarkan menyentap tangkai jantungnya. Kapal terbang Malaysia Airlines terhempas petang tadi! Pesawat yang dinaiki Jeffry! Tiba-tiba telefon rumahnya berdering.

“Helo. Ya saya. Apa?” Sakinah terduduk. Ibubapanya kemalangan kerana memandu dalam keadaan mengantuk. Hatinya pilu. Suami, ibu, ayah.. dia kehilangan semuanya dalam satu masa. Serentak!

***********

Dia terkejut jaga dari tidurnya. Ya Allah, mimpi ni berulang lagi,detik hati kecilnya. Melihat dirinya yang masih bertelekung, dia segera berdiri menanggalkan telekung tersebut dan berlalu kebilik air. Sebaik keluar dari kamar mandi, dia menyarung semula telekung. Dia menunaikan solat sunat taubat. Dia telah banyak berdosa. Dia telah menolak qada’ dan qadar Allah sewaktu menerima berita kematian Jeffry dan orang tuanya. Selesai solat dia menadah tangan memohon ampun.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini. Aku telah banyak berdosa, Ya Allah. Engkau berkatilah kehidupanku,ibadahku,ya Allah. Ya Allah, Engkau tempatkanlah roh suamiku dan orang tuaku di tempat orang-orang yang beramal soleh. Engkau jauhkanlah mereka daripada siksaan kubur dan api neraka,ya Allah. Aku mohon,ya Allah. Ya Tuhanku yang Maha Pengasih, Engkau tetapkanlah hatiku setelah Engkau memberi hidayah kepadaku. Janganlah Engkau berikan aku dugaan yang tidak mampu aku menghadapinya,ya Allah. Amin.” Selesai doa, telefon bimbitnya berdering nyaring.

“Helo, Assalamualaikum.”kata Sakinah memula bicara.

“Waalaikumussalam,Kinah. Ganggu ke?”kata orang seberang.

“Tak. Kenapa?”soal Sakinah lagi.

“Is dah masuk meminang Kinah petang tadi. Mak su Kinah terima.”

“Kinah tau. Mak su telefon lepas Is balik.”

“Oh…okey la. Is nak tido. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Sakinah mematikan talian. Dia tersenyum. Tak sangka lelaki tersebut benar-benar meminangnya.

******************

Iskandar tersenyum panjang. Hatinya berbunga bahagia. Sakinah bakal menjadi miliknya. Cintanya pada janda tersebut benar-benar mekar. Walaupun Sakinah janda, dia masih cantik seperti anak dara. Lepas ni, kita hidup berdua pulak. Kata hati lelakinya.

Iskandar bangun dari pembaringannya. Dia menuju ke meja kerja di hujung katil. Dia menghidupkan komputer ribanya. Gambar Sakinah yang manis bertudung itu ditatap lama. Andai saja Sakinah berada di depan mata, pasti dipeluk erat. Astahgfirullahal’azim!!!! Iskandar meraup muka. Godaan syaitan semata-mata.

Segera dia mematikan benda alah itu dan menuju ke pulau mimpi. Dia memanjat katil dan merebahkan badan. Akhirnya, dia terlelap.

*********

DUA BULAN KEMUDIAN…

“Aku terima nikahnya Siti Sakinah binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus ringgit tunai,” Iskandar melafaz dengan lancar. Semua orang tersenyum senang termasuk Sakinah.  Dia melutut dihadapan Sakinah dan jari jemari mereka bersentuhan tatkala Iskandar mahu menyarungkan cincin. Sakinah menyalami suaminya selepas selesai menyarung cincin. Iskandar mencium dahi isterinya.

Majlis yang serba ringkas itu berakhir dengan lancar. Sakinah sentiasa disisi suaminya. Tangan mereka sentiasa melekat antara satu sama lain sehingga ada yang mengusik dua mempelai itu. Apabila malam menjelang, mereka yang sudah letih itu terus menuju ke kamar. Mereka bersolat Isyak berjemaah. Selesai solat, Sakinah membuka telekung dan melipat sejadah. Iskandar duduk dibirai katil sambil memandang Sakinah yang masih berjubah ungu muda itu.

“Kinah tak nak mandi?”soal Iskandar apabila Sakinah duduk di sampingnya. Sakinah memandang Iskandar dengan pandangan seorang isteri.

“Abang tak nak mandi?”soal Sakinah pula. Iskandar tersenyum seraya mengangguk. Tangannya mencapai tangan Sakinah. Sakinah membiarkan perilaku si suami.

“Sayang mandi dengan abang?” soal Iskandar dengan niat mengusik. Sakinah tersenyum.

“Kalau itu yang boleh buat abang bahagia dengan Kinah.”Sakinah memandang Iskandar yang memandangnya dengan wajah tidak percaya. Iskandar tersenyum. Rezeki jangan di tolak. Dia menarik Sakinah ke bilik air. Kelibat mereka hilang disebalik kamar mandi tersebut. Terdengar tawa mereka berdua.

 Selesai mandi, sakinah menyarungkan baju tidur berwarna biru laut kegemaran Jeffry. ‘Kinah mintak abang restui perkahwinan Kinah dengan Is. Semoga baju ni boleh buat Kinah lupakan masa lalu.’kata Sakinah seolah-olah bercakap dengan Jeffry. Anaknya dengan Jeffry kini tinggal bersama Aisya dan Hamdan,suaminya. Laila namanya!

Iskandar memegang bahu Sakinah yang terdedah. Dada Sakinah berombak kencang. Iskandar memeluk pinggangnya. Iskandar membawa tubuh Sakinah ke katil. Lampu kamar dipadam. Kedua-duanya hanyut…

***********

            Sepuluh bulan kemudian…

Sakinah melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Laila tersenyum menerima adik baru. Iskandar tersenyum. Namun, tiba-tiba hatinya sebak. Isterinya telah tiada. Sakinah meninggalkan dua orang puteri untuknya. Dan dia berjanji untuk menjaga puteri mereka itu sebaik mungkin.

************

“Macam mana dengan isteri dan anak saya doktor?”soal Iskandar dengan muka gabra apabila seorang perempuan berjalan keluar adari dewan bedah.

“Anak encik selamat cuma isteri encik saja yang masih bertarung nyawa.”soal doktor tersebut dengan tenang. Iskandar keliru.

“Maksudnya?”

“Encik tak tahu puan Sakinah ada kanser rahim?”soal doktor tersebut. Iskandar menggeleng.

“Kami dah minta puan Sakinah untuk buang rahim dia tapi dia tak nak. Dia kata ini satu-satunya kenangan untuk encik.”sambung doktor itu lagi. Iskandar terduduk.

“Saya nak mintak persetujuan encik untuk menjalankan pembedahan keatas puan Sakinah.” Iskandar terpaksa bersetuju.

SELEPAS BEBERAPA JAM…

“Kami mintak maaf. Kami dah cuba sedaya upaya.”kata doktor tersebut pada Iskandar. Airmata lelakinya menitis jua. ‘Kenapa Kinah tinggal abang?’ dia menangis sambil memeluk Laila. Anak kecil itu tidak tahu apa-apa tetapi air matanya turut bergenang. Iskandar redha! Dua puteri pengganti kerinduannya terhadap Sakinah.

~TAMAT~